Entry MERDEKA sebelum melaung MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Kita di lahirkan berbeza. Samaada dari segi jantina, agama, bangsa, suku kaum atau bahasa. Tapi perbezaan ini bukanlah untuk kita saling musuh memusuhi, saling berperang antara satu sama lain. Perbezaan ini adalah peluang antara kita untuk saling kenal mengenali perbezaan masing2. Berintegrasi dan berinteraksi sesama kita. Belajar sesuatu yang berbeza dari norma kita sambil menpertahankan identiti yang ada dalam diri kita sendiri.
Ya, kita sememangnya perlu bangga dengan agama, budaya dan adat kita tapi itu tidak memberi tiket kepada kita untuk merendah2 kan agama, budaya atau adat orang yang berbeza dengan kita. Tetapi inilah masalah yang kita sering hadapi secara sedar atau pun tidak, ethnocentrism. Sikap waspada yang berlebih lebihan kita membuat kita membina satu dinding yang keras dan tebal dalam mempertahankan bahagian atau sempadan kita tanpa melihat keluar, tanpa memberi peluang kepada orang lain mengenali kita.
Selagi mana agama lain, bangsa lain atau kaum lain tidak memudaratkan kita, agama kita, bangsa serta kaum kita maka tidak layak untuk kita menanam perasaan benci dan bermusuhan. Apalah salah kita limpahkan perasaan kasih dan sayang antara satu sama lain. Kepelbagaian ini bukanlah satu kelemahan atau ketidakseimbangan dalam keharmonian tapi ini adalah salah satu ciri unik dalam membina kekuatan keharmonian.
Jika kita berbalik pada konsep agama Islam, manusia itu sendiri di jadikan daripada tanah, di lahirkan daripada Adam dan Hawa. Ini adalah salah satu bukti titik persamaan yang kita ada, yang kita kongsi dalam berbalah mencari perbezaan antara kita.
Firman Allah bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al-Hujurat (13)
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al-Hujurat (13)
Apa makna merdeka jika kita masih di himpit dengan perasaan terkongkong dalam pemikiran sempit, berbalah tentang perbezaan tanpa melihat ia dari sudut yang lebih luas. Tidak salah mempertahankan identiti kita sambil kita mengenali dan belajar tentang identiti orang lain. Agama Islam itu sendiri UNIVERSAL. Beragama Islam tapi berlainan bangsa, kaum, budaya dan bahasa. Maka, kenapa kita tidak boleh jadi rakyat Malaysia yang universal? Rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai perbezaan dari pelbagai sudut yang sama2 berganding bahu memupuk keharmonian dan berjuang dalam mencapai satu matlamat. Selamat Hari Merdeka!!!