Tuesday, January 24, 2012

~Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi~

Semalam adek courf menanyakan satu soalan "Akak, kite nak tanya nik. Apa maksud pagar makan padi dalam peribahasa 'Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi'??? Courf diam. Dulu mase sekolah ade jugak courf terfikir kenapa pagar nak makan padi. Pagar makan padi ke??? Pagar jenis ape yang makan padi plak kan.

Adek courf suruh kakak die yang pemalas nik search pasal burung pegar. Burung Pegar??? Burung ape tu??? Tak penah dengar pooon. Ok. After search baru lar courf tau. Burung pegar tu adalah seekor burung yang makan bijirin, buah-buahan dan haiwan atau serangga kecil. Dah tu ape kene mengene burung pegar dengan padi??? Di Indonesia ia di kenali sebagai burung pegar tetapi di Malaysia ia umumnya dikenali sebagai ayam pegar kerana tabiatnya seperti ayam, mengais di tanah untuk mencari makan dan berlari dan terbang. Burung pegar biasanya menjaga tanaman padi dari serangan ular, tikus dan binatang perosak lain. Umpama burung pegar ni macam burung hantu la. Tapi bila tuan padi menjemur padi, burung pegar ini akan datang untuk makan padi. Inilah umpamanya "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi'. Dah tu ape yang cikgu ajar tu salah lar ye??? Bukan salah tapi kita tak di beri penerangan yang betul mengenai peribahasa ini. Seperti kita tahu, zaman dahulu mereka mengunakan huruf jawi dan apabila tulisan ini di tukar kepada tulisan rumi terjadinya kesalahan ejaan Pegar (dalam bahasa jawi) kepada Pagar (dalam bahasa rumi).


Begitu juga kesalahan ejaan dalam peribahasa 'Melepaskan Batuk di Tangga'. Sebenarnya bukan 'batuk' tapi 'batok'. Batok adalah satu alat yang di perbuat dari tempurung kelapa. Dalam budaya melayu, apabila kita mahu naik ke atas rumah, kita akan membasuh kaki dari air tempayan yang berada di tangga. Batok di gunakan untuk menceduk air dari tempayan. Kalau pernah tengok cerita melayu yang ada unsur zaman dahulu, mungkin kita boleh tengok bagaimana anak-anak kecil selepas bermain akan berlari naik ke atas rumah. Tetapi terlebih dahulu mereka akan mengambil batok untuk membasuh kaki dan meletakkan ia di atas tangga.