Thursday, October 18, 2012

Aktiviti Weekend bersama Malaysian Nature Society dan Rakan Alam Sekitar

Weekend ni tak tahu nak buat ape??? Joooom join aktiviti dari Malaysian Nature Society dan Rakan Alam Sekitar.

Malaysian Nature Society


Berpeluang memenangi RM500 dengan menyertai Pesta Sayap Amazing Nature Hunt di Kuala Selangor pada Sabtu (20 Oktober 2012).

Emailkan penyertaan kumpulan anda di pestasayap@gmail.com atau jika tidak sempat anda boleh walk in pada hari sabtu untuk membuat pendaftaran.  Pembayaran boleh di buat pada hari berkenaan. 

Minimum 2 ke 4 orang satu kumpulan pada RM10 seorang. 

Murah dan senang. Aktiviti pooon menarik. Jooooom join.


Maklumat lanjut klik facebook Malaysian Nature Society.

Peta ke lokasi Pesta Sayap. Sila klik pada gambar.




Rakan Alam Sekitar


Sempena minggu Alam Sekitar Malaysia, satu program sambutan Minggu Alam Sekitar Akan di adakan di Tasik Titiwangsa pada Ahad (21 Oktober 2012).

Pelbagai aktiviti menarik akan di jalankan seperti
  1. Larian Enviro-Run 2012 
  2. Pertandingan memancing
  3. Peraduan mewarna 
  4. Pameran dan jualan produk alam sekitar 
  5.  Program pengumpulan barangan kitar semula
  6. Pemeriksaan percuma kenderaan (pelepasan gas kenderaan petrol dan refrigerant inspection), 
  7. Senamrobik
  8. Pertandingan Raja Bank Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut bolehlah ke facebook Rakan alam Sekitar atau lihat aktiviti program di SINI.