Sunday, August 18, 2013

Anak, IbuBapa dan Tanggungjawab Bersama.



Sebagai seorang anak, salah satu tanggungjawab kita adalah menjaga kedua ibu bapa kita, samaada ibu bapa kandung, angkat, mertua atau ibu susuan.  

Di dalam Islam, lelaki dianggap sebagai ketua keluarga.  Jika bapa tiada di rumah, anak lelakilah yang menjadi pengganti ketua keluarga.  Maka anak lelaki di beri lebih tanggungjawab dalam menjaga kedua ibubapanya walaupun dia sudah berkahwin.  Tetapi, kebanyakan anak lelaki memandang ringan soal tanggungjawab menjaga ibubapa dan berat sebelah dengan melebihkan isteri dan anak-anak mereka.  Pada pendapat courf, seorang isteri yang baik dan taat adalah dengan sentiasa mengingatkan dan menasihati suami agar berlaku adil dengannya dan keluarga serta ibubapa suaminya dan ibubapanya.  Ini boleh menjadi contoh dan tauladan secara tidak lansung kepada anak-anak.       

Begitu juga anak perempuan, tetapi apabila sudah berkahwin, tanggungjawab anak perempuan lebih kepada suaminya.  Tapi, ini tidak menjadikan anak perempuan terlepas dari menjaga dan menghormati ibubapanya.   Seorang suami yang baik, tidak akan menghalang isterinya agar terus berbakti kepada ibubapanya.  

Kadang-kadang, sikap ibubapa yang sudah tua yang agak cerewet, suka membebel, nyanyuk dan suka merajuk menjadikan anak-anak 'malas' untuk melayan mereka.  Walau bagaimanapun, di ingatkan, kita juga mungkin akan menjadi seperti mereka kelak.  Maka, bagaimana perasaan kita jika anak-anak yang kita didik, bela dn tatang tidak mahu melayan, menjenguk atau menjaga kita ketika kita dalam keadaan sebegitu???



Kadang kala ada anak-anak yang kecewa dengan sikap ibubapa mereka lantas membuang ibubapa mereka atau tidak ambil peduli tentang mereka apabila mereka sudah tua.  Ada ibubapa yang suka mengherdik dan memaki anak-anak di rumah, malah ada juga yang tidak segan silu berbuat demikian di hadapan khalayak.  Kadang-kadang ibubapa perlu semak diri mereka, adakah anak-anak jadi sedemikian kerana sikap dari ibubapa itu sendiri.
Kita perlu ingat, kata-kata itu adalah doa, lagi-lagi jika di keluarkan oleh seorang ibu.  Kerana itulah doa ibu sangat kuat dan 'keramat'.  


Janganlah menjadi seperti ibu di dalam Batu Belah Batu Bertangkup, kerana merajuk dengan si anak yang masih kecil dan tidak matang, berlari si ibu ke batu belah batu bertangkup untuk di telan.  Kata si ibu, "Wahai batu belah batu bertangkup, telanlah aku, ambillah aku, aku kempunan nak makan telur ikan temakul".  Di sini terlihat ketidak matangan seorang ibu dalam pengurusan emosi dengan anak yang masih kecil dan tidak matang.  

Jangan juga jadi seperti ibu yang berputus asa dalam Si Tanggang.  Dimana anak yang ditatang seperti minyak semasa kecilnya, apabila dewasa lupakan ibunya juga tidak mengaku bahawa itu ibunya.  Maka, ibunya berdoa kepada Tuhan agar di sumpah anaknya menjadi batu.  Di sini, dilihatkan kesan doa ibu itu sangat besar dan 'keramat'.  Juga terlihat seorang ibu yang mudah putus asa dengan anaknya sedangkan jika dia tahu doa ibu adalah mustajab, mengapa tidak di doakan anaknya agar berubah.  

Pernah suatu hari, adek courf dan courf keluar menemani ibu membeli barang keperluan raya di sebuah pasaraya, terlihat kami ketika mencari parking seorang anak kecil berlari di tengah jalan kemudian di tarik ibunya dan di pukul di situ.  Kata ibu, "Kalau budak kecik tu salah, janganlah pukul depan orang.  Memalukan anak dan diri je."

Betul, ibu dan ayah tidak pernah sekali memarahi kami adik beradik di depan orang ramai.  Pernah dahulu kereta courf remuk.  Ayah datang ke rumah sewa dalam keadaan marah.  Tapi ayah tidak terus marah courf.  Setelah masuk kedalam kereta barulah ayah marah.  Itupun setelah rakan-rakan courf semua masuk kedalam rumah sewa. 

Sebagai ibu dan bapa, perilaku-perilaku mereka akan di perhati, di nilai oleh anak-anak dan di bawa sehingga mereka dewasa.  Oleh itu, dalam mendidik anak-anak perlulah dengan penuh hati-hati dan ikutlah cara-cara dan nilai-nilai mendidik dalam Islam.  Sebab itu dikatakan anak-anak ini seperti kain putih, perangai dan sikap mereka di corak dari ibubapa dan sekeliling.  Ibubapa juga jangan sesekali mengambil jalan mudah dan jangan cepat putus asa dengan sikap anak-anak. Lebih-lebih lagi anak-anak kecil.  

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab RA mengadukan hal kederhakaan anaknya.  Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”
Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapak ku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam.  Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anak mu, walhal kamulah yang telah menderhakainya.
Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadap mu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.



WALAUBAGAIMANAPUN.  Anak-anak masih perlu menghormati ibubapanya.  Kerana itu telah menjadi tanggungjawab mereka.  Jika anak-anak kecewa dengan sikap ibubapa, jadi, janganlah jadi seperti mereka dan ia berterusan kepada anak-anak serta generasi kita.  Setiap yang berlaku sepatutnya dijadikan contoh dan pengajaran agar kita jadi anak, ibubapa dan insan yang lebih baik.  

Berbakti kepada ibu bapa sama nilainya dengan pahala jihad. Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: "Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu itulah terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Akhir kata, ibubapa perlu menjaga adab dan ikuti nilai-nilai mendidik Islam agar terasuh anak-anak dengan baik.  Anak-anak juga perlulah menghormati dan menjaga ibubapa walau teruk mana pun ibubapa mereka.  Seorang anak lelaki bertanggungjawab dalam menjaga ibubapa lebih dari anak perempuan. Suami isteri juga perlulah bertolak ansur dalm menjaga ibubapa mereka sendiri juga ibubapa mertua.  Ini menjadikan pengajaran yang tidak ternilai kepada anak-anak mereka nanti.  Moga kita semua menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.  






Tuesday, August 13, 2013

HANTARAN MAHAL - Pendapat Lama Revised


Sesetengah lelaki cuuuuukup pantang bile dengar atau tengok post-post kat fB tentang hantaran mahal.  Kompom akan terkeluar komen tak puas hati.

Dulu pooon courf fikir jugak, "Ape yang salah dengan hantaran mahal???. Biase lar tu. Tu membuktikan kesanggupan lelaki tu kan... kan...".  Pada courf duet tu sekurang-kureangnya jaminan seorang perempuan selepas berkahwin. Kadang-kadang duet hantaran tu guna untuk majlis kahwin jugak. Sekarang ni bukan sikit nak pakai duit nak kahwin.

Tapi bile dengar luahan kawan-kawan lelaki tentang hantaran mahal yang pihak perempuan mintak, courf revised balik pendapat courf tentang hantaran mahal ni.

Kate sowank kawan courf ni, die marah gile bile dengar perempuan letak hantaran mahal.  Macam die, die belajar tinggi-tinggi, cari kerja bagus, gaji yang banyak sebagai persiapan nak menjaga keluarga yang bakal die bina nanti.  Die sendiri tak nak tengok isteri die kerja bertungkus lumus after kahwin.  Die nak sediakan semuanya untuk bakal keluarga die nanti. 

Tapi die cukup bengang bile perempuan letak hantaran mahal sedangkan belum tentu jaminan perempuan tu akan jadi isteri yang berbaloi untuk di letak hantaran yang mahal.  And die tak nak jadi macam sesetengah lelaki yang sanggup buat pinjaman beribu-ribu semata-mata nak mengikut kehendak pihak perempuan dan di kemudian hari lepas kahwin hutang menimbun-nimbun dan jadi penyebab keretakan rumhtangga.

Melihat dari apa yang die luahkan, courf nampak die memang ikhlas and betul-betul ade ciri-ciri lelaki bertanggungjawab. So, kat sini tak semestinya lelaki tu tak dapat sediakan duit hantaran mahal die tak bertanggungjawab.  Pendapat lama - revised.


Ibu pernah bagi syarat, "Akak nak tunang nanti tak payah nak buat besar-besar, tak payah pelamin, tak payah nak bawak hantaran berduyun-duyun, pihak lelaki tak payah nak bawak satu kampung. Cukup bawak cincin sebagai tanda and datang satu kereta. Majlis bertunang tak payah buat yang besar-besar.
Kalau majlis tunang pooon dah makan beribu, apatah lagi nak buat majlis kahwin.  Boleh botak kepala." Itu kata ibu yang cuma ada anak perempuan yang soraaaaaaaaaaang ni. Mula-mula macam tak puas ati. "Ibu ade anak pompuan sowank je kooot. Tak kan tak nak wat meriah sikit" Tapi kata ibu, kita buat majlis nak eratkan silaturrahim engan keluarga baru, biarlah kite senangkan hati kite dulu, baru senangkan hati orang lain.  Lagi pooon buat macam tu macam nak menunjuk kat orang yang kita mampu.
Ok.  Sekali lagi.  Pendapat lama - revised.

Bile mendengar pendapat-pendapat kawan-kawan, ibu dan yang lain, courf rasa betullah orang kata invest more in marriage and less in wedding.  Lagi pooon itulah yang lebih di tuntut dalam Islam.


Biarlah kenduri kita sederhana, ikut yang mampu, biar kita senangkan hati kita dari nak tunjuk dekat orang lain.  Ya.  Kahwin itu sekali seumur hidup, tapi biarlah yang sekali itu berikan kita seribu kemanisan dan makna dari sakit kepala dan menjadi penyebab pertelingkahan.

Dalam Islam ada hadis dan dalil tentang pemberian mahar tapi ia tidak lah wajib tapi jika mampu untuk beri mahar yang tinggi maka terpulanglah.  Ada juga dalil yang mengatakan "Ciri2 wanita yg mendapat kurnia ialah yang mudah dipinang, mudah (murah) maharnya, dan subur rahimnya." (H.R Ahmad).



SEBAB HANTARAN MAHAL:

1.  Muka macam Miss World.
2.  Maintenance tinggi, hantaran pooon kene lah tinggi.
3.  Belajar atas pokok koooot. Tinggi tuuuuuuuuuuu.
4.  Malu lah kalau orang tau hantaran ciput.
5. Alahaaaaaaaaaai STANDARD la zaman sekarang.
6. Parents tokei kilang balak.  Harta menimbun nimbun.
7. Anak perempuan tunggal. Sekali je dapat buat GRAND.
8. Ini lah bukti lelaki yang dia mampu nak sara kita yang perempuan ni di kemudian hari.


KATA-KATA LELAKI BILA DENGAR HANTARAN MAHAL:


1.  "Ni nak jual anak ke hape???".
2.  "Keturunan raja ke???".
3.  "Boleh ke buat kerja rumah nanti. Baik kahwin dengan bibik. Harga murah, buat kerja pooon pandai"
4.  "Cun sangaaaaat ke. Dah tua berkedut jugak."
5.  "Banyak lagi perempuan la.  Pegi la simpan diri tu dalam gerobok".

Pada courf mungkin juga la perbalahan pasai isu ni adalah sedikit sebanyak di pengaruhi dengan sikap saling tidak percaya perempuan kepada lelaki dan lelaki kepada perempuan.  Kita perempuan tak yakin adakah bakal suami kita mampu sediakan segala-galanya untuk kita.  Dan pada lelaki adakah berbaloi dan bernilainya seorang isteri bila hantaran mereka mahal. Jadi buatlah pilihan yang bijak, tetapkan hati dan yakin jodoh kita bercerminkan diri kita.  Elok diri kita, eloklah jodoh kita.  Dan kurangkan berfikiran negatif.