Friday, December 24, 2010

MUFLIS MUDA.



Tabiat berbelanja melebihi kemampuan menyebabkan kebanyakan anak muda pada masa kini terbeban dengan bebanan hutang yang tinggi. Ada golongan muda yang di istiharkan muflis kerana gagal membayar hutang kad kredit dalam tempoh yang ditetapkan. Jika di bandingkan golongan berusia majoritinya berhutang berkaitan soal pinjaman perumahan, kenderaan dan perniagaan, golongan muda pula lebih kepada pinjaman peribadi dan berbelanja barangan yang tidak penting dan mewah.

Seramai 38, 357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga bulan Mei.

Ada pelajar yang menerima pinjaman PTPTN dan biasiswa menggunakan pinjaman mereka dengan membeli handphone baru, melancong serta membeli barang-barang berjenama. Mungkin ketika ini mereka belum nampak kesan daripada amalan berbelanja mereka. Apabila mereka keluar bekerja dan mula untuk membayar semula pinjaman pelajaran, perbelanjaan rumah, bayaran kad kredit dan banyak lagi perbelanjaan bulanan, ketika inilah mereka akan merasa kesan kepada sikap boros mereka.


Jika anda salah seorang dari mereka yang mengalami bebanan hutang atau tidak tahu cara pengurusan kewangan yang bijak, anda boleh dapatkan bantuan nasihat dari Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit AKPK.