Thursday, December 23, 2010

continue - KAMU + DIA = BFF!!!



Entry ini adalah kesinambungan kepada entry sebelum ini KAMU + DIA = BFF!!!. Ini antara apa yang courf pernah lihat dan lalui.

PENGALAMAN 1:

Rakan courf si M dan si F ni memang rapat masa sekolah dulu. Pernah suatu hari si M ni kena sound dengan seorang pelajar lelaki yang sama baya dengan kami. Kena sound mengenai apa, courf dah lupa. Bila si F ni tahu yang si M kena sound dengan mamat ni, apa lagi, si F ni pun pergi lar serang mamat ni. Lepas dah sound mamat tu si F pun beredar dari situ. Nak tahu apa jadi lepas tu? Hahaha. Si F menangis kat tangga. Mungkin dia terlampau marah kawan dia si M ni kena sound kot. Tapi apa-apa pun, tindakan si F tu membawa seribu makna pada si M. Si M ni tak sangka betul yang kawan dia ni akan sound mamat tu.

PENGALAMAN 2:

Masa courf duduk asrama dulu ada 2 orang rakan courf yang memang sangat rapat. Dari kami di diploma lagi. Bila dah sambung degree mereka masih rapat. Pernah lar rakan courf si I ni kena chicken pop (walaupun doktor sebenarnya tak pasti sakit dia pada masa itu). Rakan courf yang lagi sorang ni la yang jaga dia, si A. Bila si I tak pergi kelas dekat hampir seminggu, si A ni lar yang kumpulkan notes, assignment untuk si I ni. Kalau si A pergi beli makanan, dia tak pernah lupa untuk belikan si I ni makanan. Pernah si A tak dapat teman kan si I pergi klinik, si A ni beriya-iya ingat kan courf supaya temankan si I ni. Pernah juga mereka ni bergaduh, tapi lepas tu baik balik.


KAMU + DIA = BFF!!!




Hidup ini akan lebih ceria jika dikelilingi oleh rakan-rakan yang menyayangi diri kamu dan sanggup berkongsi susah dan senang bersama-sama kamu. Untuk menjadi rakan atau sahabat yang baik dan berkekalan seumur hidup ada beberapa perkara yang courf nak kongsi dengan semua pembaca Courfey Corner.

  • Saling Menghormati
Walaupun rakan kamu open minded dan boleh bergurau apa sahaja denganmu tapi masih ada batas untuk semua itu. Gurauanmu itu mungkin akan menyingung perasaannya walaupun dia tidak menyatakannya. Hormat-menghormati antara satu sama lain untuk menjaga hati dan perasaan kamu dan dia.

  • Jangan Cemburu
Usah cemburu jika rakanmu itu lebih baik dalam pelajaran, kerjaya atau hubungan dengan pasangannya. Jika tidak, sedikit sebanyak ini mungkin akan membuatkan kamu dan dia merenggang. Kamu sepatutnya bersifat lebih terbuka dan gembira kerana rakanmu berjaya dalam hidupnya.

  • Mengingati Hari Penting
Pernah kamu telupa mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada rakanmu? Dia semestinya mengharapkan agar ucapan dari rakan baiknya adalah yang pertama dari rakan-rakan yang lain. Ucapan hari lahir atau Hari Persahabatan antara salah satu tanda kamu amat menghargainya. Jika kamu berduit, apa salahnya jika kamu membelikan hadiah atau belanja dia makan.

  • Bijak Menyelesaikan Masalah
Selesaikan masalah kamu berdua dengan bijaksana. Diplomasi antara kamu dan dia amat penting ketika ini. Jangan cepat ambil hati ketika kamu sedang menyelesaikan masalah kerana ketika ini kamu dan dia akan meluahkan semua perasaan tidak puas hati masing-masing.

  • Membantu Ketika Diperlukan
Pertolongan dari kamu adalah yang paling diharapkan oleh rakanmu. Bantulah dengan ikhlas dan jangan mengharapkan balasan atau mengungkit. Ini mungkin akan membuatkan rakanmu merasa tersinggung dan merasa pertolonganmu selama ini tidak ikhlas.

  • Menerima Pendapat
Cuba untuk open minded. Hormati pendapat atau pandangan rakanmu atau setidaknya jadilah seorang pendengar yang baik meskipun kamu tidak menyokong pendapat atau pandangannya. Kamu mungkin juga ingin meluahkan pendapat dan pandangan yang bertentangan dengannya tapi kalau boleh, janganlah terlalu serius atau mendesaknya menerim pendapat atau pandanganmu itu.
  • Kongsi Aktiviti Bersama
Mungkin kamu boleh aturkan aktivit- aktiviti yang kamu dan dia boleh lakukan bersama- sama. Contohnya beriadah di tepi pantai, atau berkaraoke. Ini akan lebih mengeratkan persahabatan kamu dan dia.

  • Terima Mereka Seadanya
Mereka mungkin bukanlah rakan atau sahabat yang paling kamu impikan. Tapi kamu juga perlu ingat bahawa sebagai manusia kita bukan 100% perfect. Mungkin ada yang kurang pada dirinya, begitu juga dengan kamu. Terimalah rakan kamu seadanya, sebagaimana dia menerima kamu seadanya selama ini. Jangan meletakkan harapan yang tinggi untuk rakanmu menjadi seperti yang kamu harapkan.

  • Sentiasa Menjadi Tulang Belakang Dia
Sentiasa menyokong apa jua yang rakanmu lakukan. Sokongan kamu amat bermakna kepada dirinya. Tapi jangan pula kamu menyokong sesuatu yang boleh memudaratkan rakanmu itu.

  • Mendoakan Rakanmu
Sentiasa doakan kebahagian dan kejayaan dia. Kamu mahukan dia berjaya dalam hidupnya bukan. Mendoakan rakanmu adalah hadiah yang paling bermakna. Ini juga membuktikan kamu ikhlas berkawan dengannya.




Salam Buat Semua Pembaca



Salam kepada semua pembaca. Courf baru sangat dalam dunia penulisan blog. Di harap jika ada salah silap dalam penulisan courf mohon maaf.

Courfey Corner sangat berbeza dengan Pictures of You Courfeylia yang lebih kepada diari semasa courf. Courfey Corner pula lebih kepada informasi untuk para pembaca dan pendapat courf tentang sesuatu.

Informasi dalam setiap entry courf adalah dari sumber- sumber yang telah courf kumpul dan olah untuk di jadikan bahan entry dalam Courfey Corner.

JANGAN LUPE DROP SUM COMMENT AND BE OUR FOLLOWERS YER!!!

HAVE A NICE DAY