Sunday, September 4, 2011

Kucing Di Selamatkan Dari Neraka PETKNODE!!!


Before courf kuar beraye tengah hari semalam courf terbace 1 status dari wall KTAJ mengenai satu tempat boarding yang dah neglect semua kucing2 yang di boarding. Balik dari beraye wall KTAJ dah panas dengan volunteer yang dah ke sane untuk menolong kucing2 yang ade kat tempat boarding tu.

Rupe nye ade sowank customer yang sepatutnye kucing nye di hantar ke rumah tapi tak sampai2 jugak. So, si customer nik pegi lah ke boarding houz nik tuk pick up kucing die. Tapi bile die sampai, premis tu tutup. Dia call owner tempat tu tapi tak dapat2. Si customer ni dengan beberape orang lagi (dengar kate polis o guard kat situ) decide nak pecah kan tempat ni. Bile kedai tu dah di buka. Rupenya indah khabar dari rupa. Kebanyakan kucing2 tu tak di masuk kan kedalam tempat yang sepatut nya. Ade beberapa kucing2 yang mati di lantai premis kedai, dan yang di dalam sangkar. Di percayai kucing2 ni tak di beri makan dan minum, apatah lagi mengeluar kan kucing2 ni dari sangkar2 mereka. Oleh kerana hampir seminggu tak di beri makan dan minum maka ade kucing yang survive pon dah kurus kering sehingga menampakkan tulang. Dan ade kucing yang keguguran bulu dengan teruk sekali.

Ni antara gambar kucing yang di ambil di tempat kejadian.


Selain di dalam premis di Damansara Damai ni, terdapat tempat lain yang owner Petknode ni letak kucing2 yang di boarding. Di anggar kan 200-300 kucing telah di ambil untuk di boarding oleh owner Petknode ni.

Ape2 pon courf SALUTE TABIK kat KTAJ, MDDB, volunteer2 yang sanggup update berita terkini, bermalam di sana dan berulang alik dari balai polis ke boarding houz tu dalam usaha menyelamatkan kucing2 yang menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan duit oleh owner boarding houz nik.

Courf harap undang2 di Malaysia nik lebih ketat dalam menangani isu2 haiwan. Jangan sampai isu2 sebegini dah parah baru kite nak tkial2 wat tindakan.


Kepada semua owner kucing² yang boarding di Petknode, sila buat repot polis, tulis surat ke Jabatan Haiwan (DVS), SPCA dan tribunal pengguna kerana penipuan perniagaan oleh mereka.

Sila emelkan juga nama, ic number, no fon dan bilangan kucing yang korang boarding. KTAJ dengan kerjasama MDDB selangor akan cuba dapatkan keadilan undang² untuk kucing² kalian.

Sebarkan kepada rakan² yang sama² board kucing di Petknode.

- ktaj0311@gmail.com.


Untuk maklumat lanjut atau melihat gambar2 lain sila rujuk:

KTAJ
Animal Care
More Picas