Friday, February 24, 2012

FAILED Public Transport!!! Sesi Bicara Minda Bersama Tun M yang MENARIK!!!


Semalam kelam kabut courf tanye sane sini macam mane nak pegi PWTC naek public transport. Harap jek duduk Selangor, tapi public transport FAILED!!! After subuh, bangun terus mandi. Takde melengkar atas katil balik. Pukul 7 macam tu courf sampai LRT. Pweeeeeeeeeeew tak ramai orang pooon. Bagus. Kaki terus melangkah ke platform ke Sentul Timur (betoi ke??? entah la...). Pasang MP3 and switch to radio Era.fm. Tak sampai 5 minit train pooon sampai. Nasib baik PWTC naek LRT. Kalau naek KTM alamatnye beku kat citu la. Masuk je dalam train pilih port dekat dengan pintu. Boleh la tengok luar tanpa tengok orang. Dalam train gelak terkekek2 dengar lawak Johara. Nasib baik mengadap ke pintu takde la kot orang perasan.

Sampai2 je dekat PWTC orang dah ramai. Paling penting pihak katering dah hidang makanan. Ambik pinggan dan garpu. Ingat nak makan bende yang berat sikit tapi meja die jauh ke depan. Ape2 pooon sandwish and pastries die memang sedap. Habis jek melantak terus register nama. After register borang tu kene masukkan dalam kotak yang di sediakan. Yang ade cume 'Kerajaan', 'Swasta', 'Badan Berkanun', 'NGO Belia', 'NGO SUKAN and 'Lain-lain'. lame jugak duk depan kotak2 tu. Yayasan SALAM nak masuk dalam kotak mane??? Malas nak pikir terus masukkan dalam kotak 'Lain-lain'. Masuk je dalam dewan Tun Dr. Ismail, orang tak ramai lagi. Niat nak duduk depan sekali. Sayangnya yang depan untuk wakil2 dari agensi2 kerajaan, swasta dan NGO. Barisan 5 pulak untuk media. Barisan 6 dah ade orang. Ok, barisan 7 kosong. Duduk hujung sekali belah kanan.

Agak lame jugak duduk dalam tu. Tak ingat pukul berapa baru Tun M sampai. Lepas Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi berpatah patah kata alu aluan, barulah Tun M memulakan sesi ceramah beliau. Sebagai seorang mantan Perdana Menteri yang unggul dan berpengalaman memang seswai sangat Tun M membawakan tajuk 'Transformasi Kepimpinan Belia : Meniti Wawasan 2020".

Kate Tun, seorang pemimpin perlulah lebih mementingkan orang di bawahnya dan bukan hanya memandang pangkat serta kedudukan semate2. Seseorang pemimpin yang hanya mengejar kedudukan dan pangkat tidak akan kekal lama. Begitu juga pemimpin yang hanya mengejar populariti agar mereka lebih di kenali dan di pilih sebagai pemimpin tidak mungkin akan lama memegang kedudukannya jika kepentingan orang di bawah jagaannya diabaikan dan tidak di pertingkatkan atau berada di takuk lama. Dan bukan mudah untuk diterima jika seorang pemimpin itu masih berfikiran kolot. Kolot tidak bermakne setiap perkara itu di jalankan tanpe batas2 agama dan budaya. Contohnya, sistem demokrasi di ambil dari barat tapi sifat keterbukaan barat tentang demokrasi tidak di ikuti. Ini kerana sifat keterbukaan mereka tidak bersesuaian dengan budaya dan agama yang di pegang oleh masyarakat kita. Cuba kita lihat pula care orang China mempertingkatkan taraf hidup mereka. China pada hari ini adalah salah sebuah negara yang di geruni oleh Amerika, sebuah negara berkuasa besar dan berpengaruh. Kapasiti penduduk China yang besar, sistem ketenteraan China dan income negara China yang melebihi trillion dollar membuatkan Amerika begitu takut dengan China yang suatu ketika dahulu merupakan negara dunia ketiga. Contoh ini yang perlu kita ambil dan gunakan dengan di batasi dan di sesuaikan dengan nilai-nilai agama dan budaya.

Sekitar pukul 12 tengah hari Tun selesai menyampaikan ceramah beliau. Tiba lar sesi soal jawab. Dan hampir pukul 12.30 tengah hari program pooon tamat. Niat hati mahu menjamu makanan. Tapi memandangkan hampir seribu orang yang terjah, di batalkan niat tu. Dan kaki terus melangkah ke stesen LRT untuk pulang. Pengalaman dan sesi ceramah yang menarik untuk hari ini. Sampai di rumah bergolek2 bersame anak2 buluz.