Sebulan lepas dah try masak laksam nik. Kuah die menjadi, laksam die hampeh sikit. Hari nik buat laksam lagi untuk berbuke. Kali ni pakai resepi len pulak. Sebab resepi ni la laksam bertambah hampeh. Bile cek balik rupe nye salah. Kuantiti tepung beras mesti lebey banyak dari tepung gandum. Haaaaaaa. Patut mase tuang tu rase len macam jek. Malas nak pikir. Baring kijap tunggu ibu balik tanye pendapat ke-2 pulak. Pas ibu balik jek ibu yang tolong settle kan laksam tu pastu baru pas kat courf balik.
Resepi:
Kuah Laksam
* 1 inci Halia
* 5 biji bawang merah
* 2 biji bawang putih
Ikan (6 ekor)
2 keping asam gelugor
5 cawan santan (lebih pooon tak pe... ikot nak pekat mane)
Daun kesum
Sesudu lada hitam
Garam secukupnya
Laksam
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
Garam secukupnya
Air secukupnya.
Sambal
6 cili padi
2 cili merah
2 biji limau kasturi
sedikit garam
Ulam
Daun kesum
Kacang panjang
Taugeh
**nak variety kan lagi pooon boley
Cara membuat kuah:
- Bahan (*) ditumbuk atau di kisar.
- Ikan di rebus bersama asam gelugor dan sedikit garam. Setelah itu ambil isinya dan kisar. Macam courf isi dan tulang di kisar asing.
- Panaskan minyak. Masukkan bahan yang di tumbuk tadi. Selepas itu masukkan isi ikan yang telah dikisar.
- Kemudian masukkan santan. Masak lame sikit supaye tak cepat basi.
Siap
Cara membuat laksam:
- Semua bahan di gaul rata. Jangan terlalu pekat atau cair ek.
- Panaskan tempat kukusan. Tuang adunan ke dalam tudung periuk dan masukkan kedalam tempat kukusan. Tutup.
- Selepas masak. Laksam di gulung dan digunting.
Cara membuat sambal
Cili padi dan cili merah di tumbuk. Masukkan sedikit garam dan perahan limau kasturi.
**Ini alternatif untuk orang yang tak boley makan sambal belacan macam courf.
Ini gambar setelah tambah 3 kli. Lapooo sangat sebab tu terlupe nak snap pic 1st tu.