Resepi:
Kuah Laksam
* 1 inci Halia
* 5 biji bawang merah
* 2 biji bawang putih
Ikan (6 ekor)
2 keping asam gelugor
5 cawan santan (lebih pooon tak pe... ikot nak pekat mane)
Daun kesum
Sesudu lada hitam
Garam secukupnya
Laksam
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
Garam secukupnya
Air secukupnya.
Sambal
6 cili padi
2 cili merah
2 biji limau kasturi
sedikit garam
Ulam
Daun kesum
Kacang panjang
Taugeh
**nak variety kan lagi pooon boley
Cara membuat kuah:
- Bahan (*) ditumbuk atau di kisar.
- Ikan di rebus bersama asam gelugor dan sedikit garam. Setelah itu ambil isinya dan kisar. Macam courf isi dan tulang di kisar asing.
- Panaskan minyak. Masukkan bahan yang di tumbuk tadi. Selepas itu masukkan isi ikan yang telah dikisar.
- Kemudian masukkan santan. Masak lame sikit supaye tak cepat basi.
Cara membuat laksam:
- Semua bahan di gaul rata. Jangan terlalu pekat atau cair ek.
- Panaskan tempat kukusan. Tuang adunan ke dalam tudung periuk dan masukkan kedalam tempat kukusan. Tutup.
- Selepas masak. Laksam di gulung dan digunting.
Cili padi dan cili merah di tumbuk. Masukkan sedikit garam dan perahan limau kasturi.
**Ini alternatif untuk orang yang tak boley makan sambal belacan macam courf.
Ini gambar setelah tambah 3 kli. Lapooo sangat sebab tu terlupe nak snap pic 1st tu.