Semua
orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan
malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar),
"Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak
dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil
dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada
zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi
Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak
payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi
Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar
tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya
pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang
terjadi ke atas dirinya.
Lalu,
Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing
hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing
hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air
yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum
air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan
oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan
solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina
dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air
tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan
ibu/isteri kita.
Jadi,
kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan
solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan
makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang
dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air
tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?
Tapi
lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu,
roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita
pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak
buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya
amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad
melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus
melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan
kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa
amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan
dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..
Wa'allahualam
Sumber : SyOk IsLaM
First tym bace nik. Mengigil badan. Ya Allah. Brape banyak solat yang courf dah tinggalkan. Brape banyak makanan yang courf dah masak untuk orang lain. Dah lame courf nak kongsi artikel nik. Tapi asyik terlupe jek. Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat nak share. Dari ape yang courf bace ramai pihak mempertikaikan artikel nik. Sebab nye mase zaman Nabi Musa jumlah solat mereka tak same dengan kite. Ade juge yang mempertikaikan dari mane sumber2 cerita ini, dari hadith mane atau mane2 rujukan yang boleh mensahih kan lagi artikel ini.
Pade courf pulak, selain mengetahui kebenaran artikel nik sedikit sebanyak kite ambik mesej yang nak di sampaikan. Kite sendiri tahu yang solat itu tiang agama. Betapa besar nye erti solat dalam Islam dan hidup kite. Dan kite sendiri tahu akibat2 meninggalkan solat. Mungkin kubur lain-lain. Tapi yang memandi kan, menkapan kan dan menkubur kan kite nik orang jugak. Tak salah rase nye sesame kite ingat mengingati. Courf pooon tak sempurne. Penah tinggal sembanhyang. Banyak mane tak perlu di cerite. Itu cerite lame. Tapi percaye lar. Bile kite tinggal solat. Hati kite gelap. Hidup kite tak tenang. Kepale kusut. Resah gelisah. Kalo kite dah lame tak bace Al-Quran pooon same. Tambah lagi bile dah lame tak bace lidah liat sangat nak menyebut. Moga ape yang courf kongsi ni jadi ingatan untuk courf and kowank. Amin...