Hidup ini akan lebih ceria jika dikelilingi oleh rakan-rakan yang menyayangi diri kamu dan sanggup berkongsi susah dan senang bersama-sama kamu. Untuk menjadi rakan atau sahabat yang baik dan berkekalan seumur hidup ada beberapa perkara yang courf nak kongsi dengan semua pembaca Courfey Corner.
Walaupun rakan kamu open minded dan boleh bergurau apa sahaja denganmu tapi masih ada batas untuk semua itu. Gurauanmu itu mungkin akan menyingung perasaannya walaupun dia tidak menyatakannya. Hormat-menghormati antara satu sama lain untuk menjaga hati dan perasaan kamu dan dia.
Usah cemburu jika rakanmu itu lebih baik dalam pelajaran, kerjaya atau hubungan dengan pasangannya. Jika tidak, sedikit sebanyak ini mungkin akan membuatkan kamu dan dia merenggang. Kamu sepatutnya bersifat lebih terbuka dan gembira kerana rakanmu berjaya dalam hidupnya.
Pernah kamu telupa mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada rakanmu? Dia semestinya mengharapkan agar ucapan dari rakan baiknya adalah yang pertama dari rakan-rakan yang lain. Ucapan hari lahir atau Hari Persahabatan antara salah satu tanda kamu amat menghargainya. Jika kamu berduit, apa salahnya jika kamu membelikan hadiah atau belanja dia makan.
- Bijak Menyelesaikan Masalah
Selesaikan masalah kamu berdua dengan bijaksana. Diplomasi antara kamu dan dia amat penting ketika ini. Jangan cepat ambil hati ketika kamu sedang menyelesaikan masalah kerana ketika ini kamu dan dia akan meluahkan semua perasaan tidak puas hati masing-masing.
- Membantu Ketika Diperlukan
Pertolongan dari kamu adalah yang paling diharapkan oleh rakanmu. Bantulah dengan ikhlas dan jangan mengharapkan balasan atau mengungkit. Ini mungkin akan membuatkan rakanmu merasa tersinggung dan merasa pertolonganmu selama ini tidak ikhlas.
Cuba untuk
open minded. Hormati pendapat atau pandangan rakanmu atau setidaknya jadilah seorang pendengar yang baik meskipun kamu tidak menyokong pendapat atau pandangannya. Kamu mungkin juga ingin meluahkan pendapat dan pandangan yang bertentangan dengannya tapi kalau boleh, janganlah terlalu serius atau mendesaknya menerim pendapat atau pandanganmu itu.
Mungkin kamu boleh aturkan aktivit- aktiviti yang kamu dan dia boleh lakukan bersama- sama. Contohnya beriadah di tepi pantai, atau ber
karaoke. Ini akan lebih mengeratkan persahabatan kamu dan dia.
Mereka mungkin bukanlah rakan atau sahabat yang paling kamu impikan. Tapi kamu juga perlu ingat bahawa sebagai manusia kita bukan 100%
perfect. Mungkin ada yang kurang pada dirinya, begitu juga dengan kamu. Terimalah rakan kamu seadanya, sebagaimana dia menerima kamu seadanya selama ini. Jangan meletakkan harapan yang tinggi untuk rakanmu menjadi seperti yang kamu harapkan.
- Sentiasa Menjadi Tulang Belakang Dia
Sentiasa menyokong apa jua yang rakanmu lakukan. Sokongan kamu amat bermakna kepada dirinya. Tapi jangan pula kamu menyokong sesuatu yang boleh memudaratkan rakanmu itu.
Sentiasa doakan kebahagian dan kejayaan dia. Kamu mahukan dia berjaya dalam hidupnya bukan. Mendoakan rakanmu adalah hadiah yang paling bermakna. Ini juga membuktikan kamu ikhlas berkawan dengannya.