Tuesday, August 13, 2013

HANTARAN MAHAL - Pendapat Lama Revised


Sesetengah lelaki cuuuuukup pantang bile dengar atau tengok post-post kat fB tentang hantaran mahal.  Kompom akan terkeluar komen tak puas hati.

Dulu pooon courf fikir jugak, "Ape yang salah dengan hantaran mahal???. Biase lar tu. Tu membuktikan kesanggupan lelaki tu kan... kan...".  Pada courf duet tu sekurang-kureangnya jaminan seorang perempuan selepas berkahwin. Kadang-kadang duet hantaran tu guna untuk majlis kahwin jugak. Sekarang ni bukan sikit nak pakai duit nak kahwin.

Tapi bile dengar luahan kawan-kawan lelaki tentang hantaran mahal yang pihak perempuan mintak, courf revised balik pendapat courf tentang hantaran mahal ni.

Kate sowank kawan courf ni, die marah gile bile dengar perempuan letak hantaran mahal.  Macam die, die belajar tinggi-tinggi, cari kerja bagus, gaji yang banyak sebagai persiapan nak menjaga keluarga yang bakal die bina nanti.  Die sendiri tak nak tengok isteri die kerja bertungkus lumus after kahwin.  Die nak sediakan semuanya untuk bakal keluarga die nanti. 

Tapi die cukup bengang bile perempuan letak hantaran mahal sedangkan belum tentu jaminan perempuan tu akan jadi isteri yang berbaloi untuk di letak hantaran yang mahal.  And die tak nak jadi macam sesetengah lelaki yang sanggup buat pinjaman beribu-ribu semata-mata nak mengikut kehendak pihak perempuan dan di kemudian hari lepas kahwin hutang menimbun-nimbun dan jadi penyebab keretakan rumhtangga.

Melihat dari apa yang die luahkan, courf nampak die memang ikhlas and betul-betul ade ciri-ciri lelaki bertanggungjawab. So, kat sini tak semestinya lelaki tu tak dapat sediakan duit hantaran mahal die tak bertanggungjawab.  Pendapat lama - revised.


Ibu pernah bagi syarat, "Akak nak tunang nanti tak payah nak buat besar-besar, tak payah pelamin, tak payah nak bawak hantaran berduyun-duyun, pihak lelaki tak payah nak bawak satu kampung. Cukup bawak cincin sebagai tanda and datang satu kereta. Majlis bertunang tak payah buat yang besar-besar.
Kalau majlis tunang pooon dah makan beribu, apatah lagi nak buat majlis kahwin.  Boleh botak kepala." Itu kata ibu yang cuma ada anak perempuan yang soraaaaaaaaaaang ni. Mula-mula macam tak puas ati. "Ibu ade anak pompuan sowank je kooot. Tak kan tak nak wat meriah sikit" Tapi kata ibu, kita buat majlis nak eratkan silaturrahim engan keluarga baru, biarlah kite senangkan hati kite dulu, baru senangkan hati orang lain.  Lagi pooon buat macam tu macam nak menunjuk kat orang yang kita mampu.
Ok.  Sekali lagi.  Pendapat lama - revised.

Bile mendengar pendapat-pendapat kawan-kawan, ibu dan yang lain, courf rasa betullah orang kata invest more in marriage and less in wedding.  Lagi pooon itulah yang lebih di tuntut dalam Islam.


Biarlah kenduri kita sederhana, ikut yang mampu, biar kita senangkan hati kita dari nak tunjuk dekat orang lain.  Ya.  Kahwin itu sekali seumur hidup, tapi biarlah yang sekali itu berikan kita seribu kemanisan dan makna dari sakit kepala dan menjadi penyebab pertelingkahan.

Dalam Islam ada hadis dan dalil tentang pemberian mahar tapi ia tidak lah wajib tapi jika mampu untuk beri mahar yang tinggi maka terpulanglah.  Ada juga dalil yang mengatakan "Ciri2 wanita yg mendapat kurnia ialah yang mudah dipinang, mudah (murah) maharnya, dan subur rahimnya." (H.R Ahmad).



SEBAB HANTARAN MAHAL:

1.  Muka macam Miss World.
2.  Maintenance tinggi, hantaran pooon kene lah tinggi.
3.  Belajar atas pokok koooot. Tinggi tuuuuuuuuuuu.
4.  Malu lah kalau orang tau hantaran ciput.
5. Alahaaaaaaaaaai STANDARD la zaman sekarang.
6. Parents tokei kilang balak.  Harta menimbun nimbun.
7. Anak perempuan tunggal. Sekali je dapat buat GRAND.
8. Ini lah bukti lelaki yang dia mampu nak sara kita yang perempuan ni di kemudian hari.


KATA-KATA LELAKI BILA DENGAR HANTARAN MAHAL:


1.  "Ni nak jual anak ke hape???".
2.  "Keturunan raja ke???".
3.  "Boleh ke buat kerja rumah nanti. Baik kahwin dengan bibik. Harga murah, buat kerja pooon pandai"
4.  "Cun sangaaaaat ke. Dah tua berkedut jugak."
5.  "Banyak lagi perempuan la.  Pegi la simpan diri tu dalam gerobok".

Pada courf mungkin juga la perbalahan pasai isu ni adalah sedikit sebanyak di pengaruhi dengan sikap saling tidak percaya perempuan kepada lelaki dan lelaki kepada perempuan.  Kita perempuan tak yakin adakah bakal suami kita mampu sediakan segala-galanya untuk kita.  Dan pada lelaki adakah berbaloi dan bernilainya seorang isteri bila hantaran mereka mahal. Jadi buatlah pilihan yang bijak, tetapkan hati dan yakin jodoh kita bercerminkan diri kita.  Elok diri kita, eloklah jodoh kita.  Dan kurangkan berfikiran negatif.