Wednesday, December 29, 2010
SELAMAT DATANG 2011!!!
2 hari lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Azam baru? Hmmm. Rasanya tidak perlulah ditanya. Setiap tahun pabila menjelang tahun baru itu tentunya menjadi soalan lazim kita. Biarlah ia menjadi rahsia untuk diri kita sendiri. Apa yang penting kita bersungguh- sungguh menyempurnakan azam kita itu.
Courf ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 pada semua pembaca. Kepada yang akan mengakhiri zaman bujang pada tahun hadapan, moga berbahagia dan sentiasa bersabar dalam melayari bahtera berumahtangga. Jangan lupa jemput courf untuk majlis perkahwinan kamu ya. Kepada yang akan mendapat cahaya mata, tahniah. Bukan mudah untuk menjadi ibu atau bapa yang bagus atau sempurna, yang penting kita berusaha untuk kearah itu. Untuk sesiapa yang akan menghadapi peperiksaan besar, atur jadual kamu sebaiknya. Tidak salah untuk berseronok tapi pelajaran perlulah menjadi keutamaan kamu.
Apa jua rancangan kamu pada tahun baru ini, courf harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Moga- moga tahun 2011 akan membawa sinar baru kepada kita semua.
SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!
TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!!
Kemeriahan perlawanan Malaysia melawan Indonesia di rasai di status- status laman sosial seperti facebook, twitter dan myspace. Jeritan penyokong-penyokong yang menonton di rumah dan gerai juga memeriahkan suasana perlawanan Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Indonesia.
Keeper Malaysia, Khairul Fahmi menunjukkan permainan yang baik. Tangkapan bola yang di asak oleh pemain- pemain Indonesia berjaya di tangkap olehnya. Anak didik K. Rajagopal yang lain juga menunjukkan kematangan dalam permainan mereka.
Indonesia sebelum ini menewaskan Malaysia 5 -0 pada perlawanan kumpulan. Tetapi dalam perlawanan akhir pertama menyaksikan asakan 3 gol Malaysia ke gawang gol Indonesia yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Walaupun kalah dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Indonesia, dengan 2- 1, Malaysia masih layak membawa pulang Piala AFF Suzuki.
Tahniah pada HARIMAU MALAYA.
Friday, December 24, 2010
MUFLIS MUDA.
Tabiat berbelanja melebihi kemampuan menyebabkan kebanyakan anak muda pada masa kini terbeban dengan bebanan hutang yang tinggi. Ada golongan muda yang di istiharkan muflis kerana gagal membayar hutang kad kredit dalam tempoh yang ditetapkan. Jika di bandingkan golongan berusia majoritinya berhutang berkaitan soal pinjaman perumahan, kenderaan dan perniagaan, golongan muda pula lebih kepada pinjaman peribadi dan berbelanja barangan yang tidak penting dan mewah.
Seramai 38, 357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga bulan Mei.
Ada pelajar yang menerima pinjaman PTPTN dan biasiswa menggunakan pinjaman mereka dengan membeli handphone baru, melancong serta membeli barang-barang berjenama. Mungkin ketika ini mereka belum nampak kesan daripada amalan berbelanja mereka. Apabila mereka keluar bekerja dan mula untuk membayar semula pinjaman pelajaran, perbelanjaan rumah, bayaran kad kredit dan banyak lagi perbelanjaan bulanan, ketika inilah mereka akan merasa kesan kepada sikap boros mereka.
Jika anda salah seorang dari mereka yang mengalami bebanan hutang atau tidak tahu cara pengurusan kewangan yang bijak, anda boleh dapatkan bantuan nasihat dari Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit AKPK.
Thursday, December 23, 2010
continue - KAMU + DIA = BFF!!!
Entry ini adalah kesinambungan kepada entry sebelum ini KAMU + DIA = BFF!!!. Ini antara apa yang courf pernah lihat dan lalui.
PENGALAMAN 1:
Rakan courf si M dan si F ni memang rapat masa sekolah dulu. Pernah suatu hari si M ni kena sound dengan seorang pelajar lelaki yang sama baya dengan kami. Kena sound mengenai apa, courf dah lupa. Bila si F ni tahu yang si M kena sound dengan mamat ni, apa lagi, si F ni pun pergi lar serang mamat ni. Lepas dah sound mamat tu si F pun beredar dari situ. Nak tahu apa jadi lepas tu? Hahaha. Si F menangis kat tangga. Mungkin dia terlampau marah kawan dia si M ni kena sound kot. Tapi apa-apa pun, tindakan si F tu membawa seribu makna pada si M. Si M ni tak sangka betul yang kawan dia ni akan sound mamat tu.
PENGALAMAN 2:
Masa courf duduk asrama dulu ada 2 orang rakan courf yang memang sangat rapat. Dari kami di diploma lagi. Bila dah sambung degree mereka masih rapat. Pernah lar rakan courf si I ni kena chicken pop (walaupun doktor sebenarnya tak pasti sakit dia pada masa itu). Rakan courf yang lagi sorang ni la yang jaga dia, si A. Bila si I tak pergi kelas dekat hampir seminggu, si A ni lar yang kumpulkan notes, assignment untuk si I ni. Kalau si A pergi beli makanan, dia tak pernah lupa untuk belikan si I ni makanan. Pernah si A tak dapat teman kan si I pergi klinik, si A ni beriya-iya ingat kan courf supaya temankan si I ni. Pernah juga mereka ni bergaduh, tapi lepas tu baik balik.
KAMU + DIA = BFF!!!
Hidup ini akan lebih ceria jika dikelilingi oleh rakan-rakan yang menyayangi diri kamu dan sanggup berkongsi susah dan senang bersama-sama kamu. Untuk menjadi rakan atau sahabat yang baik dan berkekalan seumur hidup ada beberapa perkara yang courf nak kongsi dengan semua pembaca Courfey Corner.
- Saling Menghormati
- Jangan Cemburu
- Mengingati Hari Penting
- Bijak Menyelesaikan Masalah
- Membantu Ketika Diperlukan
- Menerima Pendapat
- Kongsi Aktiviti Bersama
- Terima Mereka Seadanya
- Sentiasa Menjadi Tulang Belakang Dia
- Mendoakan Rakanmu
Salam Buat Semua Pembaca
Salam kepada semua pembaca. Courf baru sangat dalam dunia penulisan blog. Di harap jika ada salah silap dalam penulisan courf mohon maaf.
Courfey Corner sangat berbeza dengan Pictures of You Courfeylia yang lebih kepada diari semasa courf. Courfey Corner pula lebih kepada informasi untuk para pembaca dan pendapat courf tentang sesuatu.
Informasi dalam setiap entry courf adalah dari sumber- sumber yang telah courf kumpul dan olah untuk di jadikan bahan entry dalam Courfey Corner.
JANGAN LUPE DROP SUM COMMENT AND BE OUR FOLLOWERS YER!!!
Informasi dalam setiap entry courf adalah dari sumber- sumber yang telah courf kumpul dan olah untuk di jadikan bahan entry dalam Courfey Corner.
JANGAN LUPE DROP SUM COMMENT AND BE OUR FOLLOWERS YER!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)