Wednesday, July 25, 2012

Kuih Keria

Courf seminggu nik memang tak sihat.  Nak menghupdate entry tapi kepale nik tak mo beri kerjasame langsung.  Hari nik nak hupdate 1 resepi yang courf buat tuk hari isnin and selase.  Famili courf memang bukan jenis yang suke makan meriah2 bile bebuke.  Cukup la 1 hidangan utama and 1 hidangan manisan.

Untuk hari isnin kami berbuke dengan tom yam ayam dan kuih keria jek.  Selase pulak courf buat puteri mandi dan  jemput2 udang.  Bulan2 pose nik courf cube2 belajar memasak.  Courf masak bukan sebab pe pooon, tapi sebab kalo beli makanan kat luar nik belum tentu bersih die, lepas tu suke sangat pakai bahan2 yang tak elok.  So, ini first time seminggu berpuase tak beli makanan kat bazaar langsung. Dan ini hidangan tom yam, kuih keria, cucur udang and puteri mandi pertame courf. 

Tapi hari nik courf just nak share resepi kuih keria. Next entry baru resipi2 len.

Resepi Kuih Keria


Bahan-bahan:
4-5 biji keledek
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Gula.
Air secukupnye.

Cara-cara:
Bersihkan keledek, rebus dan masukkan sedikit garam.  Rebus sehingga empuk.
Angkat keledek yang empuk dan lecekkan.  Sama ade nak lecekkan sampai lumat atau setengah lumat sebab macam ibu courf suke setengah lumat.
Kemudian gaulkan keledek yang dah di lecek bersame tepung gandum.  Sehingga sebati.  Kalo nak lebihkan tepung gandum pooon boleh tapi nanti tak berape nak rase la keledek tu.
Ambil sedikit doh dan bulatkan macam donut.
Goreng sehingga kuning keemasan dan ketepikan.
Kemudian, masukkan gula  ke dalam kuali bersame sedikit air hingga cair dan apabila gula dah berbuih masukkan semua kuih yang telah digoreng.  Gaul sehingga kuih di saluti gula. Angkat.