Andai umur kita di ibarat bagai riak air. Maka sentiasalah biarkan ia berkocak menjadi gelombang yang besar. Biarlah setiap saat dalam hidup ini menjadi impak yang besar dalam kehidupan kita.
Semakin hari semakin kita hampir dengan Pencipta kita. Tentu sekali kita mahu menjadi lebih baik bila masa itu akan tiba. Bagaimana? Berhijrahlah.
Hijrah di definasikan sebagai penghijrahan dari yang buruk kepada yang baik. Dalam kehidupan kita sebagai manusia, mungkin kita telah melakukan beberapa hijrah sama ada kita sedar atau tidak. Moga setiap penghijrahan yang kita lakukan di terima ALLAH.
Dugaan dan godaan sentiasa ada apabila kita ingin melakukan penghijrahan. Berani atau tidak adalah terpulang dari kekuatan iman kita. Kadang kala diri sendiri menjadi dalang dalam merosakkan penghijrahan itu sendiri.
Perkataan ini akan sentiasa menggoyah minda dan iman untuk kita berubah. "Jika".
"Jika aku berubah, kawan-kawan akan gelakkan aku"
"Jika aku berubah, life aku dah tak boleh macam dulu"
"Jika aku berubah, mereka tak mahu keluar dan berkawan dengan aku lagi"
"Jika aku berubah, hidup aku akan berubah dengan serta merta. Bolehkah aku terima dengan hidup aku yang baru"
Rakan yang baik akan sentiasa membawa rakannya kejalan yang benar.
Rakan yang baik akan sentiasa menyokong apa yang rakannya lakukan. Rakan yang baik tidak akan meninggalkan rakannya kerana perbezaan mereka.
Anggaplah penghijrahan ini akan menemukan kita kepada rakan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Atau membawa bersama rakan kita untuk berhijrah kejalan-NYA. Hidup ini tidak di tentukan oleh diri kita sendiri atau orang lain. Apa yang akan berlaku di masa hadapan telah di aturkan halus dan cantik oleh ALLAH.
Jika didatangkan musibah, anggaplah ia didatangkan kerana balasan dari perkara-perkara yang telah kita lakukan atau ALLAH mahu menguji kesetiaan dan keimanan kita.
Selamat bermuhasah diri dan bersedia berhijrah menjadikan kehidupan kita ini lebih baik dari sebelumnya. Di samping itu perkuatkan fahaman aqidah, akhlak dan syariat kita. Agar pabila fahaman kita jelas, INSYAALLAH iman dan taqwa kita akan teguh dan kukuh. Dan merapatkan diri kita kepada ALLAH agar tenang jiwa kita menempuh dugaan dan cabaran. INSYAALLAH.
Amin
Amin
***Doa awal tahun dan akhir tahun boleh di dapati didalam naskah-naskah Surah Yassin. Soi, courf tak provide dalam blog sebab courf rasa lebih baik jika rakan-rakan membacanya dari naskah Yassin.
DOA AKHIR TAHUN.
Doa ini dibacakan tiga (3) kali di akhir waktu Asar dan sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata...
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".
DOA AWAL TAHUN
Di baca tiga (3) kali selepas masuk/ menyempurnakan fardhu Maghrib di bulan Muharram.
Selepas membaca doa ini, Syaitan berkata...
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat untuk memeliharanya daripada fitnah Syaitan."