Saturday, January 22, 2011

~SAYA GILA MANDI SUNGAI~ (*0*)

Chinese New Year tak lama lagi. Tentu ada yang sudah bersiap sedia untuk bercuti. Haaaaa. Courf pun tak terlepas untuk plan aktiviti- aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Biasanya sungai antara pilihan courf sebab courf memang GILA MANDI SUNGAI. Courf nak kongsi lar beberapa tempat yang pembaca semua boleh pergi semasa CNY nanti.

Sungai Congkak
Ni feveret courf masa kecil dulu. Boleh di katakan setiap minggu ibu dan ayah bawa kami ke sini. Tapi untuk yang gemarkan kedalaman, di sini tidak banyak port yang dalam. Di sini juga ada pondok- pondok kecil di bina untuk kemudahan pengunjung. Harganya tidaklah mahal. sekitar RM3- RM5. Jika ada yang mahu tinggal lebih dari sehari, ada juga pondok yang besar yang boleh anda sewa. Harganya sekitar RM50- Rm100 semalam.

Sungai Gabai
Tempat feveret courf dan rakan-rakan sepanjang 2 tahun kebelakangan ini. Untuk masuk kesini anda akan di kenakan bayaran RM1 satu kepala. Jika datang kesini, persiapkan stamina anda. Ada lebih 100 anak tangga jika anda mahu mandi di bahagian atas.

Ulu Yam
Jika anda GILE SUNGAI macam courf, Ulu Yam adalah tempat yang anda MESTI pergi. Tempat yang menarik. Banyak port-port yang dalam. Untuk parking anda akan dikenakan cas dari RM2- RM5. Anda jugan mungkin akan di kenakan bayaran mengikut kepala. Tidak mahal pun. RM1 je.

Sungai Sendat
Pastikan anda tahu untuk berenang. Di sini ada banyak port yang dalam. Elakkan mandi di 2nd level. Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk kesini kerana untuk masuk ke sungai sendat anda perlu melalui jalan yang tidak bertar. Kadar parking RM5.

Ulu Kemensah
Terletak berdekatan dengan Zoo Negara. Ada disediakan pondok- pondok kecil dengan kadar bayaran sekitar RM10. Jika anda minat dengan sukan lasak, apa kata anda mencuba menaiki ATV. Dengan kadar bayaran sekitar RM50- RM300.

Templer Park
Ini juga antara tempat pilihan ibu dan ayah untuk bawa kami mandi. Dibahagian bawah airnya sesuailah untuk kanak-kanak. Courf suka di bahagian atas. Tapi penatlah nak panjat tangga-tangga tu.

Sungai Kancing
Berdekatan dengan Templer Park. Parking RM2, dewasa Rm1 dan free untuk kanak-kanak.

Sungai Tua
Tempat yang seronok. Malas nak cerita panjang-panjang. Try tengok link ni http://riverstoneecoresort.blogspot.com/2010/01/hutan-lipur-sungai-tua.html. Best sangat.

Hulu perdik
Antara yang akan courf pergi untuk tahun ni kerana courf langsung tidak pernah kesini. Nak cerita pun susah sebab tak pernah jejak.

Sungai-sungai lain yang perlu anda pergi :

Ulu Pangsun
Hutan Komanwel
Perigi Tujuh
Hutan Serendah
Sungai Batangsi
Sungai Chiling
Jeram Perlus
Sungai Lawing
Sungai Lepok
Sungai Lolo
Lubuk Kawah
Bukit Belacan
Sungai Siong
Sungai Pisang
Sungai Ampang
Sungai Kedondong
Sungai Bukit Apeh
Sungai Tekali

Courf tak larat nak cerita panjang-panjang pukul 4 pagi ni. Jika mahu info mengenai sungai-sungai yang courf nyatakan bolehlah comment entry ni. Atau anda boleh search sendiri. Kebanyakan sungai yang courf nyatakan ni courf dah pernah pergi. Ada 2 3 tempat je yang courf tak pernah jejak. Apa pun ENJOIIII!!! Dan JAGALAH KEBERSIHAN SUNGAI KITA!!!


Gabai tika hujan...


Try susun batu macam ni...


Menikmati DURIAN sambil main air...