Saturday, January 29, 2011
RASA TERKILAN... AKU MINTA MAAF FAIZ...
Hari ini masuk hari kedua rakan courf iaitu Muhd Faiz Bin Azman meninggalkan kami semua. Sedih sangat. Courf berharap courf mampu untuk berbicara dan mengeluarkan entry ini.
Masa courf terima panggilan dari iqa courf macam tak percaya. Tapi bila dah dengar iqa menangis, courf rasa sebak sangat. Tapi memang tak boleh nak menangis. Masa tu courf di Bukit Cerakah. Survey tempat untuk buat training. Balik dari cerakah courf bincang dengan rakan-rakan yang lain untuk pergi menziarahi pengkebumian faiz. Tapi apa kan daya, kami sampi lewat. Jenazah faiz di kebumukan selepas asar. Kami sampai dalam maghrib. Masa itu memang sebak sangat. Feena, amoy, nana (awek faiz), fatin (adik faiz) dan courf menangis. Iqa? Dia dah puas menangis dekat rumah.
Sempat juga kami berborak dengan ibu faiz. Rupanya bengkak yang courf tengok masa konvo bulan julai tahun lepas adalah permulaan kepada penyakit faiz. Faiz di sahkan mengidap tumor pada paru-parunya. Hari khamis hari tu adalah rawatan kemo pertama faiz selepas baik dari demam. Sepatutnya dia menjalani rawatan kemo seminggu yang lepas tapi kerana keadaan demamnya, doktor menegaskan untuk tidak melakukan rawatan kemo.
Faiz...
Aku minta maaf sangat sebab tak dapat melawat kau masa kau di HKL. Aku menyesal sebab tak contact kau. Aku kan dah janji nak datang tengok kau. Aku tak mahu beritahu kau yang aku nak datang dengan budak-budak lain sebab aku nak suprise kan kau. Aku dah berangan-angan nak bawa kau melepak dekat pantai Kelanang sambil borak-borak dengan kau. Aku terkilan faiz. Aku ingat nak suprisekan kau, rupanya kau yan suprise kan aku.
Lepas ini, jika ada rakan-rakan yang jatuh sakit courf akan pergi cepat-cepat melawat. Courf tak mahu ada rasa menyesal dan terkilan macam ni lagi.