Wednesday, December 21, 2011

Volunteering de' Zoo Negara by SIGAS

Program: Volunteering de' Zoo Negara
Tarikh: 7 Januari 2012 (Sabtu)
Tempat: Zoo Negara, Ulu Klang
Masa: 6.45pagi (bergerak dari SALAM) - 4.30ptg
Berkumpul: Bangunan SALAM, Petaling Jaya (carpool) @ sesiapa yg dekat dgn kwsn zoo boleh terus tunggu di gate B

(harap maklum kami tidak bertanggungjawab dari segi kelewatan @ apa-apa saja kepada sukarelawan yg terus pergi ke zoo)

~TERMA & SYARAT~
- Mesti menepati masa yg telah ditetapkan oleh pihak Zoo & SIGAS (pihak SIGAS tidak akan bertanggungjawab jika sukarelawan datang lambat)
- Berumur 16 tahun ke atas
- Berseluar panjang, berkasut tutup & dilarang memakai baju tanpa lengan
- Handphone mestilah OFF MODE sepanjang program
- No photography / video recording
- No animals feeding
- Mesti BERDISIPLIN sepanjang program

~JOB SCOPE~
- To assist our animal keepers in providing daily care for the animals, including exhibit cleaning, food preparation and animal behavioural enrichment activities.
- To assist our animal keepers in exhibit maintenance.
- To assist our animal keepers with special projects, including research and exhibit modifications
- To assist our horticulture and plants landscaping around the zoo.
- To assist wherever help is needed on an ad – hoc basis.

~ITINERARY~
6.45 am - Bertolak dari SALAM
7.30 am - Tiba di Zoo Negara & sesi pendaftaran
8.00 am - Welcome Note & Safety Briefing oleh Education Officer
8.30 am - Pembahagian sukarelawan oleh Zoology Duty Officer
10.00 am- Minum pagi
10.20 am- Tugasan diteruskan
1.00 pm - Makan tengahari / Solat
2.00 pm - Tugasan diteruskan
4.30 pm - Tugasan berakhir
4.45 pm - Closing briefing oleh Education Officer & SIGAS Coordinator
5.30 pm - Tiba di SALAM

~LAIN2 PERKARA~
- Sukarelawan diminta membawa sepersalinan pakaian & telekung
- Sukarelawan mestilah memakai baju SALAM @ shirt berwarna biru/putih
- Entrance fee adalah percuma
- Pengangkutan secara CAR POOL

**PERINGATAN**


- sila daftarkan diri (NAMA, IC, NO TEL, EMEL, BERKENDERAAN ATAU TIDAK) terus kepada econature.explorace@gmail.com
- Tarikh Tutup penyertaan pd 4 Jan 2012
- sila ikut segala terma & syarat spt di atas. Pihak SIGAS tidak akan bertggjwb jika volunteer tidak dpt masuk/mnyertai prog ini oleh pihak zoo negara.
- kami tidak akan mengambil kira individu2 yang 'click attending' tetapi tidak mendaftar nama di econature.explorace@gmail.com.

For more info sila ke fanpage SIGASLink

Wednesday, November 23, 2011

~Sedikit Coretan Awal Muharram~



Andai umur kita di ibarat bagai riak air. Maka sentiasalah biarkan ia berkocak menjadi gelombang yang besar. Biarlah setiap saat dalam hidup ini menjadi impak yang besar dalam kehidupan kita.

Semakin hari semakin kita hampir dengan Pencipta kita. Tentu sekali kita mahu menjadi lebih baik bila masa itu akan tiba. Bagaimana? Berhijrahlah.

Hijrah di definasikan sebagai penghijrahan dari yang buruk kepada yang baik. Dalam kehidupan kita sebagai manusia, mungkin kita telah melakukan beberapa hijrah sama ada kita sedar atau tidak. Moga setiap penghijrahan yang kita lakukan di terima ALLAH.

Dugaan dan godaan sentiasa ada apabila kita ingin melakukan penghijrahan. Berani atau tidak adalah terpulang dari kekuatan iman kita. Kadang kala diri sendiri menjadi dalang dalam merosakkan penghijrahan itu sendiri.

Perkataan ini akan sentiasa menggoyah minda dan iman untuk kita berubah. "Jika".

"Jika aku berubah, kawan-kawan akan gelakkan aku"

"Jika aku berubah, life aku dah tak boleh macam dulu"

"Jika aku berubah, mereka tak mahu keluar dan berkawan dengan aku lagi"

"Jika aku berubah, hidup aku akan berubah dengan serta merta. Bolehkah aku terima dengan hidup aku yang baru"

Rakan yang baik akan sentiasa membawa rakannya kejalan yang benar.
Rakan yang baik akan sentiasa menyokong apa yang rakannya lakukan. Rakan yang baik tidak akan meninggalkan rakannya kerana perbezaan mereka.

Anggaplah penghijrahan ini akan menemukan kita kepada rakan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Atau membawa bersama rakan kita untuk berhijrah kejalan-NYA. Hidup ini tidak di tentukan oleh diri kita sendiri atau orang lain. Apa yang akan berlaku di masa hadapan telah di aturkan halus dan cantik oleh ALLAH.


Jika didatangkan musibah, anggaplah ia didatangkan kerana balasan dari perkara-perkara yang telah kita lakukan atau ALLAH mahu menguji kesetiaan dan keimanan kita.


Selamat bermuhasah diri dan bersedia berhijrah menjadikan kehidupan kita ini lebih baik dari sebelumnya. Di samping itu perkuatkan fahaman aqidah, akhlak dan syariat kita. Agar pabila fahaman kita jelas, INSYAALLAH iman dan taqwa kita akan teguh dan kukuh. Dan merapatkan diri kita kepada ALLAH agar tenang jiwa kita menempuh dugaan dan cabaran. INSYAALLAH.

Amin





***Doa awal tahun dan akhir tahun boleh di dapati didalam naskah-naskah Surah Yassin. Soi, courf tak provide dalam blog sebab courf rasa lebih baik jika rakan-rakan membacanya dari naskah Yassin.

DOA AKHIR TAHUN.

Doa ini dibacakan tiga (3) kali di akhir waktu Asar dan sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata...

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".

DOA AWAL TAHUN

Di baca tiga (3) kali selepas masuk/ menyempurnakan fardhu Maghrib di bulan Muharram.


Selepas membaca doa ini, Syaitan berkata...

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat untuk memeliharanya daripada fitnah Syaitan."




Monday, November 7, 2011

~Hikmah Cinta Dalam Diam~

4 2nite... courf nak share dis 1... from http://ayurii87.blogspot.com/... really2 luv dis...

Hikmah Cinta Dalam Diam
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,

kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu...

itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..

menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu...

itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..

kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?

yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...

tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

sahabat...

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..

kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...

bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,

biarkan ia tetap diam...

kerana...

jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...

kerana yakinlah...

Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..

bersabarlah dalam diammu...


Monday, October 31, 2011

~Ma New Luver - Healthy Food...~



Jam 12 tengah malam semalam (Isnin) til menjengah Hari Raya Haji courf akan bPUASE dari makan makanan yang berKALORI o LEMAK!!!



WOW!!!

Cam tak percaye jek courf nak kene tahan nafsu makan.

Ini disebab kan dari kadar hart beat yang semakin laju, badan cepat penat, kapla pusing (coz from kurank oksigen).

Badan courf nik dah la kurus, kuat makan. Even badan tak naek tapi still bleh dapat macam2 penyakit.

So, from now kene control diri dari makan makanan feveret courf nik. Huuuuuuuuuuuuuu...

Ni kalo malas nak masak same de drive thru o delivery jek...


Ni paling SYIOOOOK!!! Lagi2 part yang banyak lemak. Xpecialy kulit... Kalo dalam klas tu bleh tbayang kulit ayam KayAppSie...

Ni pon feveret nik... Tapi biase nye courf mam bitter choc...


Ni pon FEVERET gak... hahahaha... Byk tul feveret...

Now i shud start wit healthy food. Hmmmmm...


Eat Healthy Food...
Take Daily Clories Dat Ma Body Need...
EXERCISE even U R Sooooooo Skinny CourfeyLia... Lik RANGKE... Hahaha...

Tuesday, October 25, 2011

~Masa~

Masa merangkak menembus waktu...

Walau sebenarnya ia berlari...

Mengisi setiap saat dengan redha-Nya...

Menjadikan saat-saat hidup ini lebih indah dan bermakna...

Walau kadang kecewa, sedih dan merana datang tanpa di pinta...

Itulah sebuah kehidupan yang di atur oleh-Nya...

Halus dan penuh erti...

Membuat kita tidak lupa berjuang...

Hingga saat Izrail datang mebawa pergi...

~© Courfey Corner_Courfeylia~
**karut n mengarut...

Saturday, October 22, 2011

~Aktiviti Wajib Bile Balik Weekend~


Bile blik umah, ni lar antare xtvt courf. Mbersih kan anak2 buluz. Biase nye klo ibu buluz nik x reti jage so banyak la taik mate kat mate die. Sumtyms truk sampai cam bernanah. Tiap2 hari kene cuci lap mate die n letak eye drop yang vet kasi. Alhamdulillah dah ok skit. Tak mahal pon. Under RM10 jek. But den, kne raji la kan. Kalo courf xde kat umah biase nye ibu yang akan tolong bersihkan. Pagi n sumtyms malam.

Xtvt mbersih biase nye d lakukan d luar umah. Ye lar, baby buluz slalu sgt duk dlm umah, sumtyms kne la kuar mhirup udare segar kan.


Tapi ibu buluz xdapat la nak join sbab klo dah kuar x reti nak blik umah.

Now, baby buluz dah almost 3 weeks. 2 minggu lagi maybe dah mule lar berlari2 kat umah macam tikus. Skunk nik nak cari cage yang beso skit sebab courf blik umah pon weeknd jek so kesian kat ibu n ayah klo dowank mbuang kan. Well, tak sabar la nak tunggu dey ol mbesar. Mesti kacak encem n lawo kn. Huhuhu...

Friday, October 21, 2011

~Kahwin Demi Mengelak Zina~


Assalamualaikum..

Ramai kata,
Sebab aku ada nafsu tak terkawal,
Maka aku perlu membuat keputusaan seadanya,
Untuk diriku kahwin awal

Ramai juga berkata,
Kahwin awal untuk mengelak zina dan maksiat,
Untuk menyalurkan nafsu di jiwa yang membara,
Untuk mendapat rahmat dan berkat

Tapi ramai yang berkata tidak sedari,
Dalam berkata-kata mungkin wujud hipokrasi,
Menjadikan nafsu tak dapat ditahan sebagai alasan duniawi,
Mendapat kebenaran berkahwin awal yang selama ini diimpi

Ramai kahwin awal (katanya) untuk mengelakkan maksiat,
Itulah alasan yang selalu menjadi sebab dan mengapa,
Walhal kalau kita tengok definisi maksiat dari segi syariat,
Bukan setakat zina dan perkara berkaitan sahaja

Adakah maksiat itu zina semata?
Bagaimana pula dengan nafkah keluarga?
Jika kahwin awal dapat mengelakkan maksiat zina durjana,
Dapatkah ia mengelakkan maksiat tak mampu bagi nafkah harta?

Apa gunanya berkahwin awal,
Jika nak elak zina saja alasan yang diguna,
Akibatknya berakhir dengan cerai berai dan hubungan tidak kekal,
Kerana ilmu berkeluarga menjadi ayah ibu pun belum sempurna!

Saya tidaklah menentang orang kahwin awal,
Jika persiapan semua dan agama serta harta sudah sempurna,
Tetapi saya menentang jika kahwen awal dengan menggunakan satu alasan mengelakkan zina,
Dan bukan kerana lemahnya iman KITA!

Hukum kahwin dalam islam tetap ada lima,
Wajib, haram, harus, sunat dan makhruh semuanya ada,
Setiap satu berubah mengikut keadaan kita,
So instead of terus cakap nak elak zina, dah kita buat penilaian ke?

Semuanya ada asas dan permulaan,
Begitu juga dengan hukum perkahwinan yang ingin dijalankan,
Jika seseorang tidak mempunyai sebarang desakan,
Untuk menyebabkan dia berkahwin dan tidak lagi berseorangan,
Maka kita kembali kepada asas perbicaraan,
Individu ini hukumnya harus untuk melangsungkan perkahwinan

Jika ilmu keluarga sudah sempurna,
Ditambah lagi kecukupan dari segi harta benda,
Dan keinginan untuk berkeluarga sudah ada,
Tetapi punya kemampuan untuk mengekang nafsu durjana,
Bolehlah berkahwin dengan lapang di dada,
Sebab hukum ketika itu sunat adanya

Jika ilmu keluarga dan agama sudah sempurna,
Juga harta yang cukup untuk memberi nafkah,
Tetapi tidak mampu mengekang nafsu membara,
Maka hukum harus dah jadi wajib, ia sudah berubah!

Jika ilmu keluarga dan agama belum sempurna,
Apatah lagi harta yang ntah ke mana,
Tetapi nafsu membara menguasai jiwa,
Maka mahkruhlah perkahwinan itu, itulah hukumnya

apatah lagi jika kahwin bukan kerana iman,
Hanya kerana ingin mendapatkan kesempatan,
Ingin mendurjana dan menyakiti pasangan,
Maka HARAMLAh ketika ini hukum perkahwinan!


Jadi, setelah dinilai semuanya,
Maka kita berada di kategori yang mana?

Janganlah sesedap hati dan rasa,
menjadikan nak elak 'zina' semata-mata,
Kerana Perkahwinan ini benda mulia,
Apa, ingat kahwin ni hanya bicara pasal seks sahaja ke?


**perlu di ingat kan perkahwinan yang berakhir dengan penceraian mengakibatkan gangguan emosi dan psikologi kepada anak2 iaitu generasi kite yang seterus nye... Gangguan emosi ini mengakibat kan pertambahan masalah yang berantai tanpe penyelesaian...

***sumber: HalaQah.net

Thursday, October 20, 2011

~Broga Lagi...~

Last week 15/10/2011, courf and member2 sekolah (5SainsSukan 2005) tlah mjejak kan kaki ke puncak Broga. Ini kali yang ke-3 tuk courf. Sepatut nye lebey kurenk 10 org yg akan 4low tapi atas sbb2 yang tak dapat di elak kan cume 7 orang jek yg 4low. Courf, Wani, Iqlie, Ju and Anis. Pastu Wani bawak adek die, Wan n courf bawak si Iqa, sebab die beriya nak panjat Broga.


Kitowank sampai lebey kurenk pukul 6.15 pagi. Pjalanan ke puncak ambik ms dlm 30-40 minit. Bile dah sampai puncak ape lg masing2 dah kbulur. Tengok la bape byk kitowank bwk makanan tuk 7 org jek. Beg penoh dengan makanan je la kan. Oleh kerna org yg btgngjwb tuk bwk air tak dtg so demi mgurangkan pggunaan air kitowank pakai tisu dettol jek. Thanx to Wani sebab sponsor. Huhuhu...

Bile dah kinyang, masing2 sebok nak snap picas. Mangsa nye si adek Wani la, Wan. Ape lg, sakan la kitowank posing.








Dah makan, dah tangkap gambar, BALIIIIK. Mase naik memang tak rase penat sebab semangat nak tengok matahari terbit.


Tapi bile nak balik, nak turun. Ya ALLAH... Rase cam nak patah kaki je la kan. Mengigil jugak la lutut nak turun. Tapi sempat lagi snap 2 3 picas.



Oleh sebab kitowank nik memang kuat makan. So, blik tu menyempat la lagi nak singgah mapley ABC kat Tanming.


Dah sampai umah pe g. berDENGKURan la. Huuuuuuuuuu.

**~tQ gedix2 5 SportScience (SMKcJ2005)+ Iqa + Adek Wan...~

Wednesday, October 12, 2011

Baby Buluz Baru...

Ni la picas baby buluz courf. Chumil2.


Ibu tak sabo sangat nak tunggu dowank ni beso. Sebab skunk ni ibu still yindu kat Mikel. Courf plak dah bleh trime kenyataan dengan pemergian Mikel. Ni plak sebenar nye hadiah tuk Mikel. Tapi sebab Mikel dah takde. So, Bende nik akan d beri kepade baby2 buluz n C'teh.

Tuesday, October 11, 2011

Bungkusan Tuk Buluz...


Last week ayah tolong ambikkan barang kat pejabat pos.


Nak kate courf ade beli barang tak jugak sebab semua barang yang courf beli di alamatkan ke address len. Bukak2 jek rupe nye ini.

Lupe plak courf ade masukkan gambar tuk giveaway Petster. Rezeki anak2 buluz. Dapat 1kg anf adult food cat. TENGKIU Petster n anf...

Sunday, September 4, 2011

Kucing Di Selamatkan Dari Neraka PETKNODE!!!


Before courf kuar beraye tengah hari semalam courf terbace 1 status dari wall KTAJ mengenai satu tempat boarding yang dah neglect semua kucing2 yang di boarding. Balik dari beraye wall KTAJ dah panas dengan volunteer yang dah ke sane untuk menolong kucing2 yang ade kat tempat boarding tu.

Rupe nye ade sowank customer yang sepatutnye kucing nye di hantar ke rumah tapi tak sampai2 jugak. So, si customer nik pegi lah ke boarding houz nik tuk pick up kucing die. Tapi bile die sampai, premis tu tutup. Dia call owner tempat tu tapi tak dapat2. Si customer ni dengan beberape orang lagi (dengar kate polis o guard kat situ) decide nak pecah kan tempat ni. Bile kedai tu dah di buka. Rupenya indah khabar dari rupa. Kebanyakan kucing2 tu tak di masuk kan kedalam tempat yang sepatut nya. Ade beberapa kucing2 yang mati di lantai premis kedai, dan yang di dalam sangkar. Di percayai kucing2 ni tak di beri makan dan minum, apatah lagi mengeluar kan kucing2 ni dari sangkar2 mereka. Oleh kerana hampir seminggu tak di beri makan dan minum maka ade kucing yang survive pon dah kurus kering sehingga menampakkan tulang. Dan ade kucing yang keguguran bulu dengan teruk sekali.

Ni antara gambar kucing yang di ambil di tempat kejadian.


Selain di dalam premis di Damansara Damai ni, terdapat tempat lain yang owner Petknode ni letak kucing2 yang di boarding. Di anggar kan 200-300 kucing telah di ambil untuk di boarding oleh owner Petknode ni.

Ape2 pon courf SALUTE TABIK kat KTAJ, MDDB, volunteer2 yang sanggup update berita terkini, bermalam di sana dan berulang alik dari balai polis ke boarding houz tu dalam usaha menyelamatkan kucing2 yang menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan duit oleh owner boarding houz nik.

Courf harap undang2 di Malaysia nik lebih ketat dalam menangani isu2 haiwan. Jangan sampai isu2 sebegini dah parah baru kite nak tkial2 wat tindakan.


Kepada semua owner kucing² yang boarding di Petknode, sila buat repot polis, tulis surat ke Jabatan Haiwan (DVS), SPCA dan tribunal pengguna kerana penipuan perniagaan oleh mereka.

Sila emelkan juga nama, ic number, no fon dan bilangan kucing yang korang boarding. KTAJ dengan kerjasama MDDB selangor akan cuba dapatkan keadilan undang² untuk kucing² kalian.

Sebarkan kepada rakan² yang sama² board kucing di Petknode.

- ktaj0311@gmail.com.


Untuk maklumat lanjut atau melihat gambar2 lain sila rujuk:

KTAJ
Animal Care
More Picas

Saturday, August 27, 2011

~SeLaMaT HaRi RaYa n MeRDeKa Day~

Selame sbulan courf tak brape nak xtiv berblogging. Macam2 kene pikir, macam2 nak kene buat. Beberape hari lagi kite akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan. Persiapan??? Hmmmm... Hampeh. Takde lansung. Mud nak beraye pon takde.

Walaupun courf takde mud nak beraye. Tapi still nak bagi kad raye yang courf buat tuk semua rakan2.




Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
dan
Selamat Hari Kemerdekaan

Maaf Zahir Batin... Salah Silap Harap Di Maafkan...
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Wednesday, August 17, 2011

Joooom Tengok Muvie SMURF Sambil Berbakti.



Kowank bizi tak dis 1 September??? Rase nye mase tu raye kedua or ketiga. Courf pon tak sure sebab xmo tengok kalendar. Huhuhu. Kalo kowank tak bizi dan tak tahu nak buat ape hari tu, courf cadangkan kowank join program yang di anjurkan oleh CyberCare Youth Organisation. Dengan bayaran RM68 kowank bukan saje dapat berbakti dengan anak-anak yatim ni, malahan kowank sedikit sebanyak dapat menceriakan dan mengukir senyuman di wajah mereka di Hari Raya kali nik.

Dalam event nik, dengan RM68 kowank akan membawa seorang anak yatim + 2 tiket muvie SMURF + 2 cinema beverages + 2 cafe snacks. Jika terdapat baki selepas pembelian, baki tersebut akan di masukkan ke dalam tabung CyberCare Youth Organisation untuk program-program untuk anak-anak yatim ini seperti e-workshop, ICT, Life coaching skills program and many more. Target mereka adalah book da whole hall (320 tempat duduk) supaya lebih ramai anak yatim yang dapat hadir. Kalo kowank bizi tapi nak sponsor tiket jugak. Boleh lar inform berapa banyak anak yatim yang kowank nak sponsor. Sumbangan untuk seorang anak yatim ialah RM34.

Details :

Date : 1 September 2011 (Khamis) (Public Holiday)
Tym : 10.30 a.m. - 1.15 p.m.
Venue : GSC Mid Valley
Movie : The SMURF

RM 68 (you and a child).
RM34 (a child)

For more in4 do visit CyberCare Youth Organisation or contact Ms Sarine at 017-6011683 or email sarine@cybercare.org.my










Sunday, July 31, 2011

~Pertama Kali Bersahur Bersame~

Mummy cL : Anak2 buluz sekalian BANGUN!!! BANGUN!!! SAHUR CEPAT!!!

Mikel: Mikel dah bangun mummy.
Mummy cL: Bagus. Kijut C'teh 2. 2 lar mayap je semalaman. Nak bangun sahur pun liat.

Mikel: C'teh... C'teh... Bangun lar. Sahur. Mummy dah bising 2.
C'teh: Nantok nye.
Mummy cL: G kijut orang len plak C'teh, Mikel.

C'teh: Orang2 kampung BANGUN lar!!! X reti nak bangun sahur ke ape.
Mummy cL: Amboi ngate orang. Die pun liat jek nak bangun.

Mikel: Assalamualaikum orang sebelah. Dah bangun blum?
Mummy cL: Kijut arnab pak cik sebelah tu Mikel. Ajak die mam skali.


Mikel n C'teh : Kowank semua dah bangun sahur??? Ktowank dah...
SELAMAT BERSAHUR!!! DAN MENJALANI IBADAH PUASE DENGAN SEMPURNA...


Thursday, July 28, 2011

~~Harimau Malaya~

Pagi rabu semalam, courf, fhana n zar dengan gigih nye mcari member2 yang tengah beratur tuk beli tiket Malaysia vS Singapura tapi malang nye....... still x dapat tiket tu. Hmmmm. Nak wat camne bukan rezeki ktowank. Tapi tengah hari tu ade member courf yang ade tiket lebey. Kalo bukan pikir nak g ngan zar n fhana dah lame courf accept.

Tgk kat rumah je lar k...

Memang besh lar tengok Khairul Fahmi tangkap bola, Kunalan kejar bola n Saffie Salie yang wat tendangan demi tendangan. Malang nye, Malaysia kalah dengan Singapura dengan agregat 6-4.

Game kat Malaysia nik sangat hampe lar. Kalo mase kat Singapura tu lagi besh kot tengok game dowank. Cume kli nik yang besh nyeeeeeeeeeeeeeeee... penyokong2 Malaysia ramai gile ok. Tiket pon bnyk yang terjual. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh. Bola kat Malaysia nik dah dapat tempat di hati peminat2 bola blik. X lupe jugak peminat2 perempuan yang makin ramai minat tengok bola. Xtau la kalo meke2 nik tengok sebab bf/ hubby dowank tengok bola ke pe kan.

Pape pon, Singapura memang sangat pandai blakon. Bleh kalah kan Shah Rukh Khan o pelakon hindustan len. Bgolek sane sini.

Last skali, wat penyokong2 Malaysia yang bawak laser n tala ke penjage gol lawan, 'Anda adalah PENGKHIANAT negara.' 'MEMALUkan.' Kalau pon Malaysia kalah, biar lar kalah dengan megah.

Sunday, July 24, 2011

~Virus Koobface~ "Hi, how are you?"

Sum1 penah tak open chat ngan kowank n say 'Hi, how are you?'??? Klo kowank nak tau ini adalah salah satu virus yang sedang melande kebanyakan laman sosial. Ni courf tempek 1 sumber yang courf dapat dari Gaysec tentang virus nik.

#Title: Koobface, virus yang pandai dan aktif sedang berjalan di laman sosial
#Date: 22 Julai 2011


assalamualaikum dan selamat sejahtera daripada kami,

Selang beberapa minggu ini, kami mendapati banyak berita dan sesiapa
sahaja yang berada di laman sesawang seperti facebook, myspace, hi5,
bebo, friendster dan twitter telah dijangkiti oleh satu virus yang
diberi nama "Koobface".

Mengikut wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Koobface


Koobface adalah salah satu ulat/cecacing komputer yang menjadikan laman
social sesawang seperti facebook, myspace, hi5, bebo, friendster dan
twitter sebagai sumber utama untuk merebak dan berfungsi. Koobface
telah dibina dan cipta untuk operasi sistem seperti "Microsoft Windows"
dan juga "Mac OS X", tetapi juga berfungsi pada operasi sistem "linux(terhad)".
Koobface melakukan pelbagai cara untuk merebak dan setelah sesebuah "komputer"
atau "laptop" seseoarang itu di tanam dan disuntikkan virus Koobface, ianya
akan mula mendapatkan informasi seperti FTP(file transfer protocol), facebook
dan beberapa lagi laman sosial yang lain seperti myspace dan friendster di
sesebuah komputer atau laptop yang telah terkena dan tertanam virus Koobface
itu, tetapi ianya tidak akan mengambil informasi yang sensitif seperti akaun
kewangan.

Ia kemudiannya menggunakan komputer dikompromi untuk membina sebuah botnet
peer-to-peer. Komputer yang telah dikompromi akan menerima apa sahaja arahan
daripada fesyen pear-to-pear.

Koobface merebak dengan cara menghantar mesej kepada sesiapa sahaja kawan kepada
"penyerang" yang telah dikompromi oleh virus koobface tersebut, apabila seseoarang
itu membalas dan virus koobface secara automatik akan menghantar satu pautan yang
palsu sama seperti laman facebook atau youtube, dan akan terpapar salah satu pautan
atau mesej yang mengatakan untuk memuat turun "adobe flash player" di atas sebab
"adobe flash player" itu berada pada versi yang lama, dan tidak dapat membuka
"video" ataupun pautan itu sekiranya seseoarang tidak melakukan kemaskini pada
versi "adobe flash player" sekarang. Tetapi, pautan itulah yang akan menyebabkan
sesebuah komputer itu akan dikompromikan oleh virus koobface itu.

Berikut adalah salah satu cara untuk membuang virus koobface "hi. how are you"
pada sesebuah komputer yang telah dikompromikan oleh virus "koobface" itu.


Cara 1: http://plus.evozi.com/guide-remove-facebook-virus-hi-how-are-you/

Saturday, July 23, 2011

~Body Transformation~

Setiap negara mpunyai budaya yang tersendiri. Ade yang menarik, ade juga yang scary. Untuk entry kali nik courf nak bawak kowank semua melihat budaya yang terdapat di dunia yang mentransform tubuh badan mereka semate2 kerane di kate kan cantek. Mungkin pade kowank x cantek. Tapi ini lah hakikat budaya mereka. Definisi mentransform tubuh badan dlu n skunk len. Orang skunk pon ade gak pelik2 tranformasi badan dowank nik.

Budaya mentransform tubuh badan yang di amal kn sejak zaman tok kaduk:

Contoh terbaik culture mentransform tubuh badan nik adelah Afrika.




Menindik yang super xtreme dalam mane2 culture.




Ini pulak dari China. Menkicik kan kaki. Pade sape2 yang rase kaki die besoooo gedabak, bleh lar gune care nik tuk menchumil kn kaki ande.



Ni plak leher paling panjang. Leher paling jinjang kot.


A new level of transformation:

Agk nye bro nik kija kat umah hantu kot.



Romantik x klo balak2 kowank wat tatu camnik kat mate dowank??? Hahahaha...



Ni klo orang yang mulot becok bleh lar wat piercing kat bibir dowank. Agak2 mbebel panjang jek, zip trus.



Courf rase klo KL Gangster bik bro nik blakon lagi rare kot. Pisau x payah letak kat suar ke pe. Letak kat hidung jek. Kompom orang dah takot.



Ni lubang kne tembak kot. Hahaha.


Slen mnindik o mentatu kan diri, masuk kan implan tuk beso kan breast, boob n kasi badan ketak2 pon ade. Ade tu plak yang mentransform bahagian sulit ke jantina yang berlawanan. Sape kate xde??? G Google tengok. Courf x mo lar masuk kan picas yang camtu dalam blog courf nik.