Diorang suruh aL arrange White Water Rafting. Nasib baik aL kenal dengan sorang mamat ni, Yus (Smart Outdoor Team) yang memang ada buat aktiviti Team Building ni. Yus ni aL kenal masa sama2 join Kursus Kayak Star Award dekat Titiwangsa dulu.
Tapi kali ni dia setuju nak arrange Water Rafting untuk 6 orang. Harga RM160 untuk White Water Rafting + caving gua Tempurung. Murah SANGAT SANGAT uols. Maybe sekarang dah naik kot harga. Tapi mungkin kalau ramai dia boleh bagi special price. Try tanya la e.
Pagi tu aL sampai lambat dalam pukul 10pagi sebab jammed gile2 ke arah utara. Stresssssss.
Sampai2 je, aL park dekat parking area Gua Tempurung sebab lori pick up dari sana. Kitorang naik lori untuk ke tempat permulaan. Sampai2 sana, kami di beri life jacket dan di suruh terjun dalam air untuk water confident. Masa water confident ni aL sorang je yang diorang tak campak tali, maybe sebab tengok aL cool je kooot. Yang lain2 terutama Shima, Tasha n Lan paling takut.
Parking di Gua Tempurung. (Shima & Bell).
Atas lori. Masa ni masing2 belum cuak lagi.
Di beri Life Jacket sebelum water confident.
Lepas water confident kitorang di beri penerangan tentang White Water Rafting, lepas tu ape lagi. Start la adventure Geng Gugurl untuk Water Rafting. Sampai di pertengahan jalan kami di beri peluang untuk berendam sekejap. Memandangkan lambat start so sekejap je dapat berendam.
Dapat berendam sekejap.
Walaupun pada mulanya, ada yang takut sangat nak buat aktiviti ni tapi semuanya enjoy at the end kecuali Tasha. Dia kata ni la first and last. Taubat katanya. Hahaha.
After water rafting kami di bawa untuk makan tengah hari. Makan nasi ayam tepi sungai. Perghhhhhh.
Habis lunch kami di bawa balik ke gua Tempurung untuk aktiviti caving. Kami cuma dapat buat Level 1- 3 di sebab kan kesuntukan masa. Untuk aktiviti ni Tasha yang paling seronok sekali. Enjoy gileeee dia. Memang best aktiviti caving ni. Level 1 dan 2 biasa je. Dekat sini kami di beri penerangan tentang Gua Tempurung dan sejarah yang ada dalam ni.
Masuk level 3 which ini tourist biase tak boleh masuk level ni. Nak turun dia punya curam tangga dan kena pakai headlamp. Menggelungsur turun, merangkak dalam air. Pergggghhh. Best sangat2.
Di ceritakan Al Kisah Gua Tempurung.
Harga Nak masuk Gua Tempurung
Habis je caving kitorang pun siap2 tukar baju dan Geng Smart Outdoor Team dah siap2 kan kelapa untuk minum petang kitorang. Perghhhh best betul. Lepas tu kami semua lepak makan satay dekat Ipoh. Sedap wei satay dia.
Layaaaan air kelapa ni weiiii.
Layan satay plak
Contact Smart Outdoor Team - 0104627458 (Yus) atau
click Smart Outdoor Team Facebook