Tuesday, August 13, 2013

HANTARAN MAHAL - Pendapat Lama Revised


Sesetengah lelaki cuuuuukup pantang bile dengar atau tengok post-post kat fB tentang hantaran mahal.  Kompom akan terkeluar komen tak puas hati.

Dulu pooon courf fikir jugak, "Ape yang salah dengan hantaran mahal???. Biase lar tu. Tu membuktikan kesanggupan lelaki tu kan... kan...".  Pada courf duet tu sekurang-kureangnya jaminan seorang perempuan selepas berkahwin. Kadang-kadang duet hantaran tu guna untuk majlis kahwin jugak. Sekarang ni bukan sikit nak pakai duit nak kahwin.

Tapi bile dengar luahan kawan-kawan lelaki tentang hantaran mahal yang pihak perempuan mintak, courf revised balik pendapat courf tentang hantaran mahal ni.

Kate sowank kawan courf ni, die marah gile bile dengar perempuan letak hantaran mahal.  Macam die, die belajar tinggi-tinggi, cari kerja bagus, gaji yang banyak sebagai persiapan nak menjaga keluarga yang bakal die bina nanti.  Die sendiri tak nak tengok isteri die kerja bertungkus lumus after kahwin.  Die nak sediakan semuanya untuk bakal keluarga die nanti. 

Tapi die cukup bengang bile perempuan letak hantaran mahal sedangkan belum tentu jaminan perempuan tu akan jadi isteri yang berbaloi untuk di letak hantaran yang mahal.  And die tak nak jadi macam sesetengah lelaki yang sanggup buat pinjaman beribu-ribu semata-mata nak mengikut kehendak pihak perempuan dan di kemudian hari lepas kahwin hutang menimbun-nimbun dan jadi penyebab keretakan rumhtangga.

Melihat dari apa yang die luahkan, courf nampak die memang ikhlas and betul-betul ade ciri-ciri lelaki bertanggungjawab. So, kat sini tak semestinya lelaki tu tak dapat sediakan duit hantaran mahal die tak bertanggungjawab.  Pendapat lama - revised.


Ibu pernah bagi syarat, "Akak nak tunang nanti tak payah nak buat besar-besar, tak payah pelamin, tak payah nak bawak hantaran berduyun-duyun, pihak lelaki tak payah nak bawak satu kampung. Cukup bawak cincin sebagai tanda and datang satu kereta. Majlis bertunang tak payah buat yang besar-besar.
Kalau majlis tunang pooon dah makan beribu, apatah lagi nak buat majlis kahwin.  Boleh botak kepala." Itu kata ibu yang cuma ada anak perempuan yang soraaaaaaaaaaang ni. Mula-mula macam tak puas ati. "Ibu ade anak pompuan sowank je kooot. Tak kan tak nak wat meriah sikit" Tapi kata ibu, kita buat majlis nak eratkan silaturrahim engan keluarga baru, biarlah kite senangkan hati kite dulu, baru senangkan hati orang lain.  Lagi pooon buat macam tu macam nak menunjuk kat orang yang kita mampu.
Ok.  Sekali lagi.  Pendapat lama - revised.

Bile mendengar pendapat-pendapat kawan-kawan, ibu dan yang lain, courf rasa betullah orang kata invest more in marriage and less in wedding.  Lagi pooon itulah yang lebih di tuntut dalam Islam.


Biarlah kenduri kita sederhana, ikut yang mampu, biar kita senangkan hati kita dari nak tunjuk dekat orang lain.  Ya.  Kahwin itu sekali seumur hidup, tapi biarlah yang sekali itu berikan kita seribu kemanisan dan makna dari sakit kepala dan menjadi penyebab pertelingkahan.

Dalam Islam ada hadis dan dalil tentang pemberian mahar tapi ia tidak lah wajib tapi jika mampu untuk beri mahar yang tinggi maka terpulanglah.  Ada juga dalil yang mengatakan "Ciri2 wanita yg mendapat kurnia ialah yang mudah dipinang, mudah (murah) maharnya, dan subur rahimnya." (H.R Ahmad).



SEBAB HANTARAN MAHAL:

1.  Muka macam Miss World.
2.  Maintenance tinggi, hantaran pooon kene lah tinggi.
3.  Belajar atas pokok koooot. Tinggi tuuuuuuuuuuu.
4.  Malu lah kalau orang tau hantaran ciput.
5. Alahaaaaaaaaaai STANDARD la zaman sekarang.
6. Parents tokei kilang balak.  Harta menimbun nimbun.
7. Anak perempuan tunggal. Sekali je dapat buat GRAND.
8. Ini lah bukti lelaki yang dia mampu nak sara kita yang perempuan ni di kemudian hari.


KATA-KATA LELAKI BILA DENGAR HANTARAN MAHAL:


1.  "Ni nak jual anak ke hape???".
2.  "Keturunan raja ke???".
3.  "Boleh ke buat kerja rumah nanti. Baik kahwin dengan bibik. Harga murah, buat kerja pooon pandai"
4.  "Cun sangaaaaat ke. Dah tua berkedut jugak."
5.  "Banyak lagi perempuan la.  Pegi la simpan diri tu dalam gerobok".

Pada courf mungkin juga la perbalahan pasai isu ni adalah sedikit sebanyak di pengaruhi dengan sikap saling tidak percaya perempuan kepada lelaki dan lelaki kepada perempuan.  Kita perempuan tak yakin adakah bakal suami kita mampu sediakan segala-galanya untuk kita.  Dan pada lelaki adakah berbaloi dan bernilainya seorang isteri bila hantaran mereka mahal. Jadi buatlah pilihan yang bijak, tetapkan hati dan yakin jodoh kita bercerminkan diri kita.  Elok diri kita, eloklah jodoh kita.  Dan kurangkan berfikiran negatif. 







  

Sunday, May 12, 2013

Terima Kasih IBU Saya!!!

Bile bukak facebook penuh orang celebrate Hari Ibu.  Meriah news feed dengan hupdate celebration dowank dengan ibu tercinta.  Ade yang beli kan hadiah, buat kek, pegi bercuti and macam2 la.

Courf ni tak penah celebrate pooon.  Ucap 'Selamat Hari Ibu' kat ibu courf pooon tak penah.  Even tak pernah sebut kat ibu 'Kak Thein sayang ibu' ke 'I love you ibu' ke.  Memang tak pernah la haaai mulooot ni nak sebut.  Kalau sebut pooon nada tak serius.  Bukan sebab tak sayang.  Tapi sayang sampai tak leh nak terucap.  Macam tu jugak kalau kat ayah.  Plus, kalau ngan ibu and ayah ni ego courf lebey sikit. Hehehehe.

Ibu kalau ngan adek2 courf kalau end up phone conversation mesti ade 'I love you, adek' 'I love you, abang' tapi tak ngan courf.  Sebab, kalau die cakap kat courf, courf reply 'Eeeee poyo'.  Tu yang die malas nak cakap. Hahahahahaha.  

Courf ni selalu gaduh dengan ibu. Sama la macam dengan ayah.  Gaduh. Gaduh. Gaduh.  Biase la, cara orang muda dengan orang tua tak sama. Bukan sebab tak sayang okeyh.

Masa zaman study dulu, asal weekend je balik.  Rindu kooot ibu masak.  Ibu masak simple2 pooon dah sedap.  Paling besh and TERBAIK sambal ibu. TipTop punye sambal.  Dari sambal belacan, sambal kicap, lauk sambal semua terbaik.  2nd the besh ialah bubur ibu.  Buat la ape bubur pooon tetap sedap.

Kalau tak balik mesti nak suruh ibu hantar kan makanan.  Kalau ayah kate malas, mesti nak merajuk.  Ye la kepingin nak makan ibu masak tibe2 bile mintak hantar, ayah kate tak nak.  Terngiang2 kooot masakan ibu.  Haishhhh terliur je nanti.  Makan bende lain pooon serba tak kene.  Tapi... tapi kan... ibu mesti akan masak jugak kalo dah mintak, ayah pooon mesti hantar.  

Sebab tu paling tak sabar tunggu nak balik rumah.  Tak balik mesti rase buhsan amat.  Walaupun balik rumah mesti ade je bende bergaduh ngan ibu and ayah tapi besh lagi la duduk rumah dari duk rumah sewa.

Tapi kan, kalau gaduh dengan ibu kadang2 rase jugak courf ni macam anak derhaka.  Gaduh je tau.  Kalau end up gaduh dengan ibu mesti rase sedey amat.  Masuk bilik menanges. Bukan sebab nak sakit kan hati ibu, tapi hati muda ni cepat baran, nak pulak cara kitowank berbeza.

Sekarang ni ibu dah bersara.  Macam2 plan die nak buat. Layan kan aja.  Bile lagi kan nak melayan dowank.  Kalau dulu bizi ngan study (bizi la sangaaaaat), ini je la mase nak spend tym dengan ibu and ayah.  Kot2 dah bizi dengan kija nanti dah tak sempat nak spend tym dengan dowank.  

Apa2 pooon ibu tetap ISTIMEWA.  Istimewa dalam hati anak2 ibu.  Istimewa sampai tiap kali solat, nak tidur ibu tetap ada dalam doa. Istimewa sampai kan kemana je, ibu tetap dalam ingatan. 

Terima kasih Ibu.



Saturday, May 11, 2013

New Picture Gewdik Si Buluz

Lame sangat courf tak hupdate ini blog.  Konon2 takde mase.  Ok fine.  Geli sangat.  Untuk tatapan semua di pagi ahad ini.







Sunday, November 4, 2012

Aidiladha. Kerbau. Makanan.

Aidiladha yang lepas kami sekeluarga decide balik Kampung Perak. Kampung Perak Machap, Johor ye bukan kat Perak.  Raye taun ni ade kerbau jadi semangat la nak balik tengok tumbangkan kerbau. HAHAHA... Tibe2 JAKUN nak tengok KEBAU pulak kan.

Kalo yang tak pernah tengok kerbau.  Kerbau ni lagi gagah dari lembu tapi kerbau la paling senang jage and dengar cakap.  Eh... eh... courf tak pernah bela.  Ni interview dari bangla yang jage kerbau kat Karunmas tu.  HAHAHAHA.

Mule2 tu memang semangat la nak pacak mase orang nak tumbangkan kerbau tapi bile dah nampak makanan, habis lupe semua bende.  Mase sampai tu tengok2 dah sembelih pooon.  Nak melapah jek tinggal.  

Tak jauh pooon tempah sembelih tu.  Belakang uamh tok jek.  Beberape langkah je la. Kalo orang2 kampung ni biase nye dowank ske wat dekat rumah.  Bukan ape. Anak2 dan cucu2 ramai la katekan. 

nampak tak betape BESOOO and tough nye badan kebau...




Aktiviti melapah...


Penonton

ni la perut kebau yang dah potong... nyum... nyum... sedap klo goreng ni...

tapai terbaik in town, jB, Malaysia, Asia Tenggara...

Ini puloook aktiviti memotong kulit kebau...

Kulit Kebau... Ini 1st tym makan kulit kebau...

Kulit kebau yang di bakar... nak buang bulu rase nye...

Malam puloook meeting Famili Hajah Patonah...


Thursday, October 18, 2012

Aktiviti Weekend bersama Malaysian Nature Society dan Rakan Alam Sekitar

Weekend ni tak tahu nak buat ape??? Joooom join aktiviti dari Malaysian Nature Society dan Rakan Alam Sekitar.

Malaysian Nature Society


Berpeluang memenangi RM500 dengan menyertai Pesta Sayap Amazing Nature Hunt di Kuala Selangor pada Sabtu (20 Oktober 2012).

Emailkan penyertaan kumpulan anda di pestasayap@gmail.com atau jika tidak sempat anda boleh walk in pada hari sabtu untuk membuat pendaftaran.  Pembayaran boleh di buat pada hari berkenaan. 

Minimum 2 ke 4 orang satu kumpulan pada RM10 seorang. 

Murah dan senang. Aktiviti pooon menarik. Jooooom join.


Maklumat lanjut klik facebook Malaysian Nature Society.

Peta ke lokasi Pesta Sayap. Sila klik pada gambar.




Rakan Alam Sekitar


Sempena minggu Alam Sekitar Malaysia, satu program sambutan Minggu Alam Sekitar Akan di adakan di Tasik Titiwangsa pada Ahad (21 Oktober 2012).

Pelbagai aktiviti menarik akan di jalankan seperti
  1. Larian Enviro-Run 2012 
  2. Pertandingan memancing
  3. Peraduan mewarna 
  4. Pameran dan jualan produk alam sekitar 
  5.  Program pengumpulan barangan kitar semula
  6. Pemeriksaan percuma kenderaan (pelepasan gas kenderaan petrol dan refrigerant inspection), 
  7. Senamrobik
  8. Pertandingan Raja Bank Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut bolehlah ke facebook Rakan alam Sekitar atau lihat aktiviti program di SINI.










Monday, October 15, 2012

~ MERAJUK ~



Sile angkat tangan untuk sesiape yang suke merajuk??? Sile angkat tangan dengan tegak.  Heeeeeeeeeeeee.  Sayeeeeeee.  Courf pooon.  Tapi courf merajuk tak lame.  Selalu courf didik hati kalau nak merajuk jangan lame2. Sebab merajuk ni adalah salah satu penyebab penyakit hati. Kalau nak merajuk pooon courf merajuk manja + gewdik je.  Sebenar nye merajuk ni tak seronok mane pooon tau.  Sebab kite berada dalam keadaan 'emosi tak stabil'. Bile emosi tak stabil, biasanya benda yang tak elok la yang akn terjadi. 

Merajuk ni sinonim dengan kaum wanita.  Tapi boleh juga berlaku kepada kaum lelaki.  Sama ada tua mahupun muda. 

Ibu merajuk dengan anak.  Anak merajuk dengan ibu bapa.  Kawan merajuk dengan kawan.  Isteri merajuk dengan suami. 

Bile orang merajuk dengan kite, hati pooon rase tak tenang.   Lagi2 kalau yang merajuk tu orang yang kita sayang.  Kalau kita tahu sebab musabab kenapa die merajuk mungkin kite boleh mintak maaf.  Tapi kalau tibe2 merajuk tanpa kita tahu sebab nye.  Dalam kepale ligat fikir eh... eh... Salah aku ke??? Apa aku buat sampai die merajuk???   

Ade sesetengah orang, 'MERAJUK' dijadikan senjata untuk mendapatkan sesuatu.  Itu SELFISH ok. Ade jugak yang merajuk kerana kuat cemburu.  Ooooooh. Ini tak elok. Mungkin boleh terjadi nye perang dunia. Golongan macam ni biase nye pikir perasaan dowank je.  Sikit2 nak merajuk.  Tak puas hati merajuk.  Tak puas kan hati die pooon nak merajuk. 

Kadang2 ada orang yang merajuk ni sebab die tak nak tunjuk marah die dengan cara yang jelas.  Atau mungkin juga die tak suke marah2 jadi merajuk dan meminggirkan diri adalah jalan terbaik daripada marah dan mengeluarkan perkataan yang bukan2 yang akan kite kesali nanti.  

Macam courf cakap tadi, kalau nak merajuk biar lar merajuk manja.  Merajuk sikit2 sudah la.  Kalau asik merajuk jek orang pooon naik menyampah.  

Tapi di ingatkan jugak.  Bile ade orang merajuk dengan kite mungkin ini adalah masa kite buka telinga dan tajamkan pendengaran mendengar keluhan dan ketidakpuashatian die.  Mungkin adakalanya kita terlupa dan terleka dengan sikap acuh tak acuh kita tentang perasaan die slame ni dan sebab itu die merajuk.  


kerana MERAJUK keluarga jadi pecah belah...
kerana MERAJUK hubungan ibubapa dan anak renggang...
kerana MERAJUK adik beradik masam muka...
kerana MERAJUK sahabat jadi musuh...
kerana MERAJUK pasangan bercerai berai...
jadi bile kita nak merajuk, cubalah pujuk hati supaya tidak merajuk...
kerana MERAJUK merugikan dan memutuskan silaturahim yang tak sepatutnya terjadi...
dan untuk orang2 tertentu, cubalah sekali sekala ambil berat perasaan orang...



Thursday, October 11, 2012

Perkara sunat dilakukan pada hari Jumaat


Hari Jumaat, penghulu segala hari menjanjikan berbagai-bagai pahala sunat. Marilah kita, semasa peluang masih ada, rebut pahala-pahala ini.



1. Mandi
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w selaras dengan sabda baginda yang bermaksud, "Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


2. Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian 

Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya."


3. Memotong kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu hari-hari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.


4. Membaca Surah al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi)


5. Memperbanyak doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.

Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang bermaksud, "Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).


6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud, "Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."

sumber