Wednesday, December 21, 2011

Volunteering de' Zoo Negara by SIGAS

Program: Volunteering de' Zoo Negara
Tarikh: 7 Januari 2012 (Sabtu)
Tempat: Zoo Negara, Ulu Klang
Masa: 6.45pagi (bergerak dari SALAM) - 4.30ptg
Berkumpul: Bangunan SALAM, Petaling Jaya (carpool) @ sesiapa yg dekat dgn kwsn zoo boleh terus tunggu di gate B

(harap maklum kami tidak bertanggungjawab dari segi kelewatan @ apa-apa saja kepada sukarelawan yg terus pergi ke zoo)

~TERMA & SYARAT~
- Mesti menepati masa yg telah ditetapkan oleh pihak Zoo & SIGAS (pihak SIGAS tidak akan bertanggungjawab jika sukarelawan datang lambat)
- Berumur 16 tahun ke atas
- Berseluar panjang, berkasut tutup & dilarang memakai baju tanpa lengan
- Handphone mestilah OFF MODE sepanjang program
- No photography / video recording
- No animals feeding
- Mesti BERDISIPLIN sepanjang program

~JOB SCOPE~
- To assist our animal keepers in providing daily care for the animals, including exhibit cleaning, food preparation and animal behavioural enrichment activities.
- To assist our animal keepers in exhibit maintenance.
- To assist our animal keepers with special projects, including research and exhibit modifications
- To assist our horticulture and plants landscaping around the zoo.
- To assist wherever help is needed on an ad – hoc basis.

~ITINERARY~
6.45 am - Bertolak dari SALAM
7.30 am - Tiba di Zoo Negara & sesi pendaftaran
8.00 am - Welcome Note & Safety Briefing oleh Education Officer
8.30 am - Pembahagian sukarelawan oleh Zoology Duty Officer
10.00 am- Minum pagi
10.20 am- Tugasan diteruskan
1.00 pm - Makan tengahari / Solat
2.00 pm - Tugasan diteruskan
4.30 pm - Tugasan berakhir
4.45 pm - Closing briefing oleh Education Officer & SIGAS Coordinator
5.30 pm - Tiba di SALAM

~LAIN2 PERKARA~
- Sukarelawan diminta membawa sepersalinan pakaian & telekung
- Sukarelawan mestilah memakai baju SALAM @ shirt berwarna biru/putih
- Entrance fee adalah percuma
- Pengangkutan secara CAR POOL

**PERINGATAN**


- sila daftarkan diri (NAMA, IC, NO TEL, EMEL, BERKENDERAAN ATAU TIDAK) terus kepada econature.explorace@gmail.com
- Tarikh Tutup penyertaan pd 4 Jan 2012
- sila ikut segala terma & syarat spt di atas. Pihak SIGAS tidak akan bertggjwb jika volunteer tidak dpt masuk/mnyertai prog ini oleh pihak zoo negara.
- kami tidak akan mengambil kira individu2 yang 'click attending' tetapi tidak mendaftar nama di econature.explorace@gmail.com.

For more info sila ke fanpage SIGASLink

Wednesday, November 23, 2011

~Sedikit Coretan Awal Muharram~



Andai umur kita di ibarat bagai riak air. Maka sentiasalah biarkan ia berkocak menjadi gelombang yang besar. Biarlah setiap saat dalam hidup ini menjadi impak yang besar dalam kehidupan kita.

Semakin hari semakin kita hampir dengan Pencipta kita. Tentu sekali kita mahu menjadi lebih baik bila masa itu akan tiba. Bagaimana? Berhijrahlah.

Hijrah di definasikan sebagai penghijrahan dari yang buruk kepada yang baik. Dalam kehidupan kita sebagai manusia, mungkin kita telah melakukan beberapa hijrah sama ada kita sedar atau tidak. Moga setiap penghijrahan yang kita lakukan di terima ALLAH.

Dugaan dan godaan sentiasa ada apabila kita ingin melakukan penghijrahan. Berani atau tidak adalah terpulang dari kekuatan iman kita. Kadang kala diri sendiri menjadi dalang dalam merosakkan penghijrahan itu sendiri.

Perkataan ini akan sentiasa menggoyah minda dan iman untuk kita berubah. "Jika".

"Jika aku berubah, kawan-kawan akan gelakkan aku"

"Jika aku berubah, life aku dah tak boleh macam dulu"

"Jika aku berubah, mereka tak mahu keluar dan berkawan dengan aku lagi"

"Jika aku berubah, hidup aku akan berubah dengan serta merta. Bolehkah aku terima dengan hidup aku yang baru"

Rakan yang baik akan sentiasa membawa rakannya kejalan yang benar.
Rakan yang baik akan sentiasa menyokong apa yang rakannya lakukan. Rakan yang baik tidak akan meninggalkan rakannya kerana perbezaan mereka.

Anggaplah penghijrahan ini akan menemukan kita kepada rakan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Atau membawa bersama rakan kita untuk berhijrah kejalan-NYA. Hidup ini tidak di tentukan oleh diri kita sendiri atau orang lain. Apa yang akan berlaku di masa hadapan telah di aturkan halus dan cantik oleh ALLAH.


Jika didatangkan musibah, anggaplah ia didatangkan kerana balasan dari perkara-perkara yang telah kita lakukan atau ALLAH mahu menguji kesetiaan dan keimanan kita.


Selamat bermuhasah diri dan bersedia berhijrah menjadikan kehidupan kita ini lebih baik dari sebelumnya. Di samping itu perkuatkan fahaman aqidah, akhlak dan syariat kita. Agar pabila fahaman kita jelas, INSYAALLAH iman dan taqwa kita akan teguh dan kukuh. Dan merapatkan diri kita kepada ALLAH agar tenang jiwa kita menempuh dugaan dan cabaran. INSYAALLAH.

Amin





***Doa awal tahun dan akhir tahun boleh di dapati didalam naskah-naskah Surah Yassin. Soi, courf tak provide dalam blog sebab courf rasa lebih baik jika rakan-rakan membacanya dari naskah Yassin.

DOA AKHIR TAHUN.

Doa ini dibacakan tiga (3) kali di akhir waktu Asar dan sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata...

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".

DOA AWAL TAHUN

Di baca tiga (3) kali selepas masuk/ menyempurnakan fardhu Maghrib di bulan Muharram.


Selepas membaca doa ini, Syaitan berkata...

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat untuk memeliharanya daripada fitnah Syaitan."




Monday, November 7, 2011

~Hikmah Cinta Dalam Diam~

4 2nite... courf nak share dis 1... from http://ayurii87.blogspot.com/... really2 luv dis...

Hikmah Cinta Dalam Diam
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,

kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu...

itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..

menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu...

itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..

kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?

yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...

tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

sahabat...

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..

kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...

bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,

biarkan ia tetap diam...

kerana...

jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...

kerana yakinlah...

Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..

bersabarlah dalam diammu...


Monday, October 31, 2011

~Ma New Luver - Healthy Food...~



Jam 12 tengah malam semalam (Isnin) til menjengah Hari Raya Haji courf akan bPUASE dari makan makanan yang berKALORI o LEMAK!!!



WOW!!!

Cam tak percaye jek courf nak kene tahan nafsu makan.

Ini disebab kan dari kadar hart beat yang semakin laju, badan cepat penat, kapla pusing (coz from kurank oksigen).

Badan courf nik dah la kurus, kuat makan. Even badan tak naek tapi still bleh dapat macam2 penyakit.

So, from now kene control diri dari makan makanan feveret courf nik. Huuuuuuuuuuuuuu...

Ni kalo malas nak masak same de drive thru o delivery jek...


Ni paling SYIOOOOK!!! Lagi2 part yang banyak lemak. Xpecialy kulit... Kalo dalam klas tu bleh tbayang kulit ayam KayAppSie...

Ni pon feveret nik... Tapi biase nye courf mam bitter choc...


Ni pon FEVERET gak... hahahaha... Byk tul feveret...

Now i shud start wit healthy food. Hmmmmm...


Eat Healthy Food...
Take Daily Clories Dat Ma Body Need...
EXERCISE even U R Sooooooo Skinny CourfeyLia... Lik RANGKE... Hahaha...

Tuesday, October 25, 2011

~Masa~

Masa merangkak menembus waktu...

Walau sebenarnya ia berlari...

Mengisi setiap saat dengan redha-Nya...

Menjadikan saat-saat hidup ini lebih indah dan bermakna...

Walau kadang kecewa, sedih dan merana datang tanpa di pinta...

Itulah sebuah kehidupan yang di atur oleh-Nya...

Halus dan penuh erti...

Membuat kita tidak lupa berjuang...

Hingga saat Izrail datang mebawa pergi...

~© Courfey Corner_Courfeylia~
**karut n mengarut...

Saturday, October 22, 2011

~Aktiviti Wajib Bile Balik Weekend~


Bile blik umah, ni lar antare xtvt courf. Mbersih kan anak2 buluz. Biase nye klo ibu buluz nik x reti jage so banyak la taik mate kat mate die. Sumtyms truk sampai cam bernanah. Tiap2 hari kene cuci lap mate die n letak eye drop yang vet kasi. Alhamdulillah dah ok skit. Tak mahal pon. Under RM10 jek. But den, kne raji la kan. Kalo courf xde kat umah biase nye ibu yang akan tolong bersihkan. Pagi n sumtyms malam.

Xtvt mbersih biase nye d lakukan d luar umah. Ye lar, baby buluz slalu sgt duk dlm umah, sumtyms kne la kuar mhirup udare segar kan.


Tapi ibu buluz xdapat la nak join sbab klo dah kuar x reti nak blik umah.

Now, baby buluz dah almost 3 weeks. 2 minggu lagi maybe dah mule lar berlari2 kat umah macam tikus. Skunk nik nak cari cage yang beso skit sebab courf blik umah pon weeknd jek so kesian kat ibu n ayah klo dowank mbuang kan. Well, tak sabar la nak tunggu dey ol mbesar. Mesti kacak encem n lawo kn. Huhuhu...

Friday, October 21, 2011

~Kahwin Demi Mengelak Zina~


Assalamualaikum..

Ramai kata,
Sebab aku ada nafsu tak terkawal,
Maka aku perlu membuat keputusaan seadanya,
Untuk diriku kahwin awal

Ramai juga berkata,
Kahwin awal untuk mengelak zina dan maksiat,
Untuk menyalurkan nafsu di jiwa yang membara,
Untuk mendapat rahmat dan berkat

Tapi ramai yang berkata tidak sedari,
Dalam berkata-kata mungkin wujud hipokrasi,
Menjadikan nafsu tak dapat ditahan sebagai alasan duniawi,
Mendapat kebenaran berkahwin awal yang selama ini diimpi

Ramai kahwin awal (katanya) untuk mengelakkan maksiat,
Itulah alasan yang selalu menjadi sebab dan mengapa,
Walhal kalau kita tengok definisi maksiat dari segi syariat,
Bukan setakat zina dan perkara berkaitan sahaja

Adakah maksiat itu zina semata?
Bagaimana pula dengan nafkah keluarga?
Jika kahwin awal dapat mengelakkan maksiat zina durjana,
Dapatkah ia mengelakkan maksiat tak mampu bagi nafkah harta?

Apa gunanya berkahwin awal,
Jika nak elak zina saja alasan yang diguna,
Akibatknya berakhir dengan cerai berai dan hubungan tidak kekal,
Kerana ilmu berkeluarga menjadi ayah ibu pun belum sempurna!

Saya tidaklah menentang orang kahwin awal,
Jika persiapan semua dan agama serta harta sudah sempurna,
Tetapi saya menentang jika kahwen awal dengan menggunakan satu alasan mengelakkan zina,
Dan bukan kerana lemahnya iman KITA!

Hukum kahwin dalam islam tetap ada lima,
Wajib, haram, harus, sunat dan makhruh semuanya ada,
Setiap satu berubah mengikut keadaan kita,
So instead of terus cakap nak elak zina, dah kita buat penilaian ke?

Semuanya ada asas dan permulaan,
Begitu juga dengan hukum perkahwinan yang ingin dijalankan,
Jika seseorang tidak mempunyai sebarang desakan,
Untuk menyebabkan dia berkahwin dan tidak lagi berseorangan,
Maka kita kembali kepada asas perbicaraan,
Individu ini hukumnya harus untuk melangsungkan perkahwinan

Jika ilmu keluarga sudah sempurna,
Ditambah lagi kecukupan dari segi harta benda,
Dan keinginan untuk berkeluarga sudah ada,
Tetapi punya kemampuan untuk mengekang nafsu durjana,
Bolehlah berkahwin dengan lapang di dada,
Sebab hukum ketika itu sunat adanya

Jika ilmu keluarga dan agama sudah sempurna,
Juga harta yang cukup untuk memberi nafkah,
Tetapi tidak mampu mengekang nafsu membara,
Maka hukum harus dah jadi wajib, ia sudah berubah!

Jika ilmu keluarga dan agama belum sempurna,
Apatah lagi harta yang ntah ke mana,
Tetapi nafsu membara menguasai jiwa,
Maka mahkruhlah perkahwinan itu, itulah hukumnya

apatah lagi jika kahwin bukan kerana iman,
Hanya kerana ingin mendapatkan kesempatan,
Ingin mendurjana dan menyakiti pasangan,
Maka HARAMLAh ketika ini hukum perkahwinan!


Jadi, setelah dinilai semuanya,
Maka kita berada di kategori yang mana?

Janganlah sesedap hati dan rasa,
menjadikan nak elak 'zina' semata-mata,
Kerana Perkahwinan ini benda mulia,
Apa, ingat kahwin ni hanya bicara pasal seks sahaja ke?


**perlu di ingat kan perkahwinan yang berakhir dengan penceraian mengakibatkan gangguan emosi dan psikologi kepada anak2 iaitu generasi kite yang seterus nye... Gangguan emosi ini mengakibat kan pertambahan masalah yang berantai tanpe penyelesaian...

***sumber: HalaQah.net