Thursday, October 11, 2012

~Cebisan Imanku~


Kadang- kadang Allah tidak mendatangkan bala yang besar untuk seseorang bertaubat.  Cukuplah sekadar meniup keresahan dalam hati kita.  Zahirnya kita senang, ada wang, ada harta, kesihatan yang baik, ada pelajaran atau kerja yang baik.  Tapi, batinnya sentiasa resah gelisah, tidak tenang dan ragu.  Setiap apa yang kita lakukan tidak pernah cukup untuk memuaskan hati kita walau kita ada segalanya.


Kisah aku:
Selama ini aku megah bila berkata yang aku sayangkan ibu, ayah dan adik-adikku.  Sehinggalah aku terbaca tentang suatu artikel yang bertajuk 'Air tangan orang meninggalkan solat'. Ketika itu, aku rasakan kerdilnya sayang aku kepada mereka.  Apalah guna sayang jika aku tidak menjaga tingkahku, agamaku, solatku. Apalah erti sayang jika dosa-dosaku di tanggung dan mengheret ayah dan adik-adik lelakiku ke pintu neraka. Bukankah itu pentingkan diri?

Satu hal yang membuat aku terdetik ingin bertaubat, apabila doa yang aku panjatkan kepada-NYA benar-benar termakbul. Percaya atau tidak itulah pertama kali aku memanjat syukur dan menangis dalam doaku.

Bukan selama ini aku tidak pernah terdetik untuk bertaubat. Bukan selama ini aku tidak pernah mahu menjaga solat dan pemakaianku.  Tapi aku cuma insan biasa, yang sentiasa lemah dengan godaan dan dugaan.

Di siang hari aku nampak tenang dan ceria. Tapi bila malam menjelang, bila mengimbas kembali perjalanan hidupku seharian, entah mengapa aku menangis.  Menangis tanpa sebab.  Menangis kerana kebuntuan yang meresahkan hati.  Entah.  Ketika itu belum lagi ku temukan jawapannya.  Tapi aku yakin aku sedang sakit.  Sakit dengan jiwa.  Jadi, bila sakit perlulah dicari ubatnya.

Aku tahu, aku tidak boleh terus duduk menangisi segalanya tanpa perlu berusaha.  Kadang-kadang Allah akan beri hidayah kepada mereka yang diingini-Nya.  Dan kadang-kadang kita sendiri perlu mencari hidayah-Nya.

Alhamdulillah, Ramadhan lepas adalah bukti yang iman aku masih ada walau ia mungkin hanya cebisan-cebisan kecil. Dan mungkin juga ini doa-doa orang-orang menyayangi aku yang inginkan aku berubah.

Perubahan ini bukanlah perubahan yang drastik dan terlalu sempurna. Aku mulakan dengan menjaga solatku dan pemakaianku.  Dan Alhamdulillah, terasa tenang hati aku.  Panas baranku? Sudah boleh di kawal walaupun tidak begitu sempurna.  Insyaallah, aku akan terus berusaha mencari hidayah dan menbina kembali iman ku.  Amin.


 

Wednesday, August 29, 2012

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Entry MERDEKA sebelum melaung MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!


Kita di lahirkan berbeza. Samaada dari segi jantina, agama, bangsa, suku kaum atau bahasa.  Tapi perbezaan ini bukanlah untuk kita saling musuh memusuhi, saling berperang antara satu sama lain.  Perbezaan ini adalah peluang antara kita untuk saling kenal mengenali perbezaan masing2. Berintegrasi dan berinteraksi sesama kita.  Belajar sesuatu yang berbeza dari norma kita sambil menpertahankan identiti yang ada dalam diri kita sendiri. 

Ya, kita sememangnya perlu bangga dengan agama, budaya dan adat kita tapi itu tidak memberi tiket kepada kita untuk merendah2 kan agama, budaya atau adat orang yang berbeza dengan kita.  Tetapi inilah masalah yang kita sering hadapi secara sedar atau pun tidak, ethnocentrism. Sikap waspada yang berlebih lebihan kita membuat kita membina satu dinding yang keras dan tebal dalam mempertahankan bahagian atau sempadan kita tanpa melihat keluar, tanpa memberi peluang kepada orang lain mengenali kita.

Selagi mana agama lain, bangsa lain atau kaum lain tidak memudaratkan kita, agama kita, bangsa serta kaum kita maka tidak layak untuk kita menanam perasaan benci dan bermusuhan. Apalah salah kita limpahkan perasaan kasih dan sayang antara satu sama lain.  Kepelbagaian ini bukanlah satu kelemahan atau ketidakseimbangan dalam keharmonian tapi ini adalah salah satu ciri unik dalam membina kekuatan keharmonian.  

Jika kita berbalik pada konsep agama Islam, manusia itu sendiri di jadikan daripada tanah, di lahirkan daripada Adam dan Hawa. Ini adalah salah satu bukti titik persamaan yang kita ada, yang kita kongsi dalam berbalah mencari perbezaan antara kita.  

Firman Allah bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-la
ki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al-Hujurat (13)

Apa makna merdeka jika kita masih di himpit dengan perasaan terkongkong dalam pemikiran sempit, berbalah tentang perbezaan tanpa melihat ia dari sudut yang lebih luas.  Tidak salah mempertahankan identiti kita sambil kita mengenali dan belajar tentang identiti orang lain. Agama Islam itu sendiri UNIVERSAL. Beragama Islam tapi berlainan bangsa, kaum, budaya dan bahasa.  Maka, kenapa kita tidak boleh jadi rakyat Malaysia yang universal? Rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai perbezaan dari pelbagai sudut yang sama2 berganding bahu memupuk keharmonian dan berjuang dalam mencapai satu matlamat.  Selamat Hari Merdeka!!!
 





Tuesday, August 28, 2012

Hunt With PRIDE

Courf nak kongsi email invitation yang courf dapat dari SALAM untuk treasure hunt yang di anjurkan oleh PRIDE.  This is for their fund raising.  Sayang nye courf tak dapat join.  Tak ade member nak di ajak.  Harap kowank2 dapat participate or at least menyebarkan event ini.  A big tQ...

Dear Friends of PRIDE,

PRIDE will be organising a treasure hunt on 15 September 2012.  Total cash worth RM4500, 3D2N packages, golf games, food vouchers, hampers and many other interesting prizes to be won.
Come and join us!  ….And please help us to spread the word too.
 
Hurry up and don’t miss out. Fill up the attach entry form!!!

fB page : PRIDE Foundation

Patients Recover If Detected Early

Jatuh Cinta. Janji. Untuk-MU.


Tibe2 jatuh cintan dengan lagu nik.  Sebak jek rase bile dengar.  Lagi2 lepas kejadian Ramadhan hari tu.  Alhamdulillah.  Semua nye berjalan dengan lancar.  Terime kasih pade kawan2 dan adek sebab membantu courf yang sedikit tergelincir dari laluan sebenar selama ini.  Semua ni berkat Ramadhan.  Berkat doa kowank semua.

Betoiii la orang kate, Hidayah itu perlu di cari, ia takkan datang bergolek. Umpama 'adakah kita pergi mendapatkan bola, atau bola pergi kepade kita?' Sebagai hamba-NYA kita di tuntut untuk berusaha dan berdoa agar di beri hidayah.

Kadang2 Allah tak bagi kita dugaan atau cabaran yang besar untuk kita berubah.  Tak perlu kematian, kehilangan harta benda.  Kadang2 cukup lar dengan menjentik ketenangan hati kite. Hati sentiasa resah gelisah, sedih atau sentiasa gusar dan tidak tenang.  Macam2 kita lakukan untuk mengembalikan ketenangan hati kita.  Rupanya DIA suruh kita menadah tangan memohon pada DIA, mengingati bahawa hanya DIA yang mampu menolong kita setelah selama ini kita lupa pada-NYA.

Terima Kasih Ya Allah. Akan aku berusaha berubah demi-MU dan takkan aku lupa janji2 aku pada-MU.  Dan perkuatkanlah Iman aku untuk terus berada di jalan-MU.  Aku redha dengan setiap kehendak-MU.  Setiap yang KAU berikan pada ku adalah baik pada ku.  Dampingkan lah aku bersama2 mereka yang boleh membawa aku kejalan-MU.  Insyaallah.  Amin.


Aku Yang Berdosa - Shahir.

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu
Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu
Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku
Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Pemenang 1st Giveaway Courfey Corner!!!

Sorry sangat2 sebab courf dah janji nak umumkan pemenang giveaway malam semalam tapi tak menyempat pulooook... Ok2...

Pemenang untuk Giveaway Courfey Corner adalah...




Pemenang telah courf hubungi... Insyaallah esok courf akan pos hadiah nye kalo takde pape halangan...
Tahniah...

Kek lapis Dayang Salhah dan kek lapis Mira...

Sunday, August 26, 2012

PEMENANG 1st GIVEAWAY COURFEY CORNER

Pemenang courfey corner blogspot together wit swetty chocs blogspot telah di pilih ketika courf berada di Sarawak... Pemenangnya adalah... jeng... jeng... jeng....


PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA MALAM INI...

Sekian...

Wednesday, August 15, 2012

1st Giveaway by Courfey Corner ~Kek Sarawak~


Kalo hari raye tak sah kalo tak ade aktiviti kunjung mengunjung.  Bile tetamu datang mesti kite nak hidang makanan yang terbaik betoi tak.  Ape kate courf tolong kowank dengan memberikan 2 potong Kek Lapis Sarawak (anggaran besar 8 x 2.6 x 2.3) secare PERCUME!!! Penghantaran juge PERCUME!!! kepade 'seorang' pemenang giveaway pertame Courfey Corner.

Care mudah untuk menang:

1.  Follow blog Courfey Corner (CC)
2.  Follow blog Swetty Chocs
3.  Emailkan Follower Name, Nama Penuh, Alamat, No. Telefon, Email dan link blog anda (jike ade) ke courfey_corner@yahoo.com

Seorang pemenang akan di pilih secare undian.  Tarikh tutup penyertaan adalah pade 22 Ogos 2012.  Name pemenang akan di umum selewat-lewatnye pade 28 Ogos 2012.  Penghantaran hadiah kepade pemenang pade 29 Ogos 2012.