Semalam kelam kabut courf tanye sane sini macam mane nak pegi PWTC naek public transport. Harap jek duduk Selangor, tapi public transport FAILED!!! After subuh, bangun terus mandi. Takde melengkar atas katil balik. Pukul 7 macam tu courf sampai LRT. Pweeeeeeeeeeew tak ramai orang pooon. Bagus. Kaki terus melangkah ke platform ke Sentul Timur (betoi ke??? entah la...). Pasang MP3 and switch to radio Era.fm. Tak sampai 5 minit train pooon sampai. Nasib baik PWTC naek LRT. Kalau naek KTM alamatnye beku kat citu la. Masuk je dalam train pilih port dekat dengan pintu. Boleh la tengok luar tanpa tengok orang. Dalam train gelak terkekek2 dengar lawak Johara. Nasib baik mengadap ke pintu takde la kot orang perasan.
Sampai2 je dekat PWTC orang dah ramai. Paling penting pihak katering dah hidang makanan. Ambik pinggan dan garpu. Ingat nak makan bende yang berat sikit tapi meja die jauh ke depan. Ape2 pooon sandwish and pastries die memang sedap. Habis jek melantak terus register nama. After register borang tu kene masukkan dalam kotak yang di sediakan. Yang ade cume 'Kerajaan', 'Swasta', 'Badan Berkanun', 'NGO Belia', 'NGO SUKAN and 'Lain-lain'. lame jugak duk depan kotak2 tu. Yayasan SALAM nak masuk dalam kotak mane??? Malas nak pikir terus masukkan dalam kotak 'Lain-lain'. Masuk je dalam dewan Tun Dr. Ismail, orang tak ramai lagi. Niat nak duduk depan sekali. Sayangnya yang depan untuk wakil2 dari agensi2 kerajaan, swasta dan NGO. Barisan 5 pulak untuk media. Barisan 6 dah ade orang. Ok, barisan 7 kosong. Duduk hujung sekali belah kanan.
Agak lame jugak duduk dalam tu. Tak ingat pukul berapa baru Tun M sampai. Lepas Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi berpatah patah kata alu aluan, barulah Tun M memulakan sesi ceramah beliau. Sebagai seorang mantan Perdana Menteri yang unggul dan berpengalaman memang seswai sangat Tun M membawakan tajuk 'Transformasi Kepimpinan Belia : Meniti Wawasan 2020".

Sekitar pukul 12 tengah hari Tun selesai menyampaikan ceramah beliau. Tiba lar sesi soal jawab. Dan hampir pukul 12.30 tengah hari program pooon tamat. Niat hati mahu menjamu makanan. Tapi memandangkan hampir seribu orang yang terjah, di batalkan niat tu. Dan kaki terus melangkah ke stesen LRT untuk pulang. Pengalaman dan sesi ceramah yang menarik untuk hari ini. Sampai di rumah bergolek2 bersame anak2 buluz.
