Saturday, February 27, 2016

Spek Mata Baru 2+5 = Sebuah Keselesaan.




Setahun dah berhenti berblog. Nampak sangat kemalasan bila semakin tua. Kali ni nak share spek mata baru 2+5. Kenapa 2+5? Hahaha.  Ini kawan2 aL yang duk menganjing kenapa beli spek mata mahal2 sampai RM700 padahal diorang yang dah lama pakai pun tak pernah beli lebih dari RM500.


Ok. Alkisahnya memang nak beli yang murah2 jek. Sebab tu aL google and jumpa review  Dr Spec yang jual harga spek mata dari RM30++ - RM170++. So, search la kedai Dr Spec paling dekat iaitu AEON Jusco Cheras Selatan.  Pergi hari Isnin sebelum CNY hari tu. Pilih2 kat frame yang murah tu. Ada la satu dua yang berkenan di hati sampai la aL usha kat area frame brand Paul Hueman.  Spek dia nampak biasa je, tapi memang selesa gile bila pakai.  Frame Paul Hueman harga mahal sikit dari frame korea lain.




Sales person tanya cari spek macam mana, biase ke tak pakai sebab masa tu aL memang tak pakai spek.  Mana nak pakai nya, Dah bercalar. Hahaha. aL cakap aL nak ambik frame Paul Hueman tu include transition. So, sales person tu check mata aL bla bla bla. Sampai dia suggest ambik lens Hoya. Ok, kalau lens kamera Hoya ni aL memang biase dengar. Kalau untuk eye wear ni tak berapa familiar.


Nak tanya dia lebih lanjut pasal Hoya tu tapi masa tu lapar dan nak cepat balik rumah so, tak tertanya la.  Lagipun Sales person tu macam tau aL tak berapa interested nak dengar apa dia cakap.


Frame (RM299) + Transition (No brand) + Lens Coating (Hoya) with 1 year Warranty Card= RM649. Kalau beli frame dan lens biase boleh dapat bawah RM150 untuk condition mata macam aL ni.


Kelebihan Transition ni dia akan jadi gelap bila kena sinaran cahaya matahari.  Berfungsi macam sunglass la. Tapi, bila dalam kereta, dia tak kan bertukar colour sebab cahaya tak direct. Transition ni ade banyak brand, yang takde brand pun ade tapi takde la warranty card.


Hoya lens pula kelebihan dia, tak mudah calar, lebih tahan lama, senang nak clean kan and ada blue control. Blue control ni maksud nya bila kita tengok handphone or tV dia lebih comfortable. 1 lagi brand famous selain Hoya ialah Essilor.


Ini je yang dapat share dengan uols. aL pun baru sangat dalam dunia spek ni. 3 tahun pakai spek dah tukar 3 4 spek dah, Lens cepat calar. Hahaha Ganasshhh.



Every RM100 spent entitle 1 stamp which boleh 
dapat kan free a pair of lens worth RM70.






Sunday, May 10, 2015

White Water Rafting Gopeng with Smart Outdoor Team.

Susah sebenarnya nak percaya Geng GuGurl setuju nak main White Water Rafting bile Bell ajak. Sebab kerja diorang ni shopping, karok. Yang lasak2 ni diorang kurang sangat sangat. Selain Geng GuGurl Shima, Tasha and Bell, Lan, husband Shima and cousin Bell pun join.

Diorang suruh aL arrange White Water Rafting.  Nasib baik aL kenal dengan sorang mamat ni, Yus (Smart Outdoor Team) yang memang ada buat aktiviti Team Building ni.  Yus ni aL kenal masa sama2 join Kursus Kayak Star Award dekat Titiwangsa dulu.

Tapi kali ni dia setuju nak arrange Water Rafting untuk 6 orang. Harga RM160 untuk White Water Rafting + caving gua Tempurung. Murah SANGAT SANGAT uols.  Maybe sekarang dah naik kot harga.  Tapi mungkin kalau ramai dia boleh bagi special price. Try tanya la e.

Pagi tu aL sampai lambat dalam pukul 10pagi sebab jammed gile2 ke arah utara.  Stresssssss.

Sampai2 je, aL park dekat parking area Gua Tempurung sebab lori pick up dari sana. Kitorang naik lori untuk ke tempat permulaan.  Sampai2 sana, kami di beri life jacket dan di suruh terjun dalam air untuk water confident.  Masa water confident ni aL sorang je yang diorang tak campak tali, maybe sebab tengok aL cool je kooot. Yang lain2 terutama Shima, Tasha n Lan paling takut.

Parking di Gua Tempurung. (Shima & Bell).


Atas lori.  Masa ni masing2 belum cuak lagi.

Di beri Life Jacket sebelum water confident.



Lepas water confident kitorang di beri penerangan tentang White Water Rafting, lepas tu ape lagi. Start la adventure Geng Gugurl untuk Water Rafting. Sampai di pertengahan jalan kami di beri peluang untuk berendam sekejap.  Memandangkan  lambat start so sekejap je dapat berendam.

Dapat berendam sekejap.


Walaupun pada mulanya, ada yang takut sangat nak buat aktiviti ni tapi semuanya enjoy at the end kecuali Tasha. Dia kata ni la first and last. Taubat katanya. Hahaha.

After water rafting kami di bawa untuk makan tengah hari.  Makan nasi ayam tepi sungai. Perghhhhhh.



Habis lunch kami di bawa balik ke gua Tempurung untuk aktiviti caving.  Kami cuma dapat buat Level 1- 3 di sebab kan kesuntukan masa. Untuk aktiviti ni Tasha yang paling seronok sekali. Enjoy gileeee dia.  Memang best aktiviti caving ni. Level 1 dan 2 biasa je. Dekat sini kami di beri penerangan tentang Gua Tempurung dan sejarah yang ada dalam ni.

Masuk level 3 which ini tourist biase tak boleh masuk level ni.  Nak turun dia punya curam tangga dan kena pakai headlamp.  Menggelungsur turun, merangkak dalam air. Pergggghhh. Best sangat2.


Di ceritakan Al Kisah Gua Tempurung.

Harga Nak masuk Gua Tempurung



Habis je caving kitorang pun siap2 tukar baju dan Geng Smart Outdoor Team dah siap2 kan kelapa untuk minum petang kitorang.  Perghhhh best betul.  Lepas tu kami semua lepak makan satay dekat Ipoh.  Sedap wei satay dia.

Layaaaan air kelapa ni weiiii.
 Layan satay plak




Contact Smart Outdoor Team - 0104627458 (Yus) atau
click Smart Outdoor Team Facebook

Saturday, January 4, 2014

Kedai Arab Mahnaz

Hye kowank. Aiyooook. Rase nye dah lame tak berbloging ni. Bbulan2 blog ni bersawang.

Hari ni courf nak introduce kat kowank satu port borong barang2 dari arab.

Kedai ni actually dah lama wujud. Cume courf baru bkesempatan nak menjejak kaki kat cni.

Untuk kowank yang nak bli barang2 macam kurma, buah tim, madu iran or barang2 dari arab dgn harge borong boleh datang cni n kawtim harge dengan dorang.

Meh jamu mata dengan barang2 yang ada kat sini.

Sunday, August 18, 2013

Anak, IbuBapa dan Tanggungjawab Bersama.



Sebagai seorang anak, salah satu tanggungjawab kita adalah menjaga kedua ibu bapa kita, samaada ibu bapa kandung, angkat, mertua atau ibu susuan.  

Di dalam Islam, lelaki dianggap sebagai ketua keluarga.  Jika bapa tiada di rumah, anak lelakilah yang menjadi pengganti ketua keluarga.  Maka anak lelaki di beri lebih tanggungjawab dalam menjaga kedua ibubapanya walaupun dia sudah berkahwin.  Tetapi, kebanyakan anak lelaki memandang ringan soal tanggungjawab menjaga ibubapa dan berat sebelah dengan melebihkan isteri dan anak-anak mereka.  Pada pendapat courf, seorang isteri yang baik dan taat adalah dengan sentiasa mengingatkan dan menasihati suami agar berlaku adil dengannya dan keluarga serta ibubapa suaminya dan ibubapanya.  Ini boleh menjadi contoh dan tauladan secara tidak lansung kepada anak-anak.       

Begitu juga anak perempuan, tetapi apabila sudah berkahwin, tanggungjawab anak perempuan lebih kepada suaminya.  Tapi, ini tidak menjadikan anak perempuan terlepas dari menjaga dan menghormati ibubapanya.   Seorang suami yang baik, tidak akan menghalang isterinya agar terus berbakti kepada ibubapanya.  

Kadang-kadang, sikap ibubapa yang sudah tua yang agak cerewet, suka membebel, nyanyuk dan suka merajuk menjadikan anak-anak 'malas' untuk melayan mereka.  Walau bagaimanapun, di ingatkan, kita juga mungkin akan menjadi seperti mereka kelak.  Maka, bagaimana perasaan kita jika anak-anak yang kita didik, bela dn tatang tidak mahu melayan, menjenguk atau menjaga kita ketika kita dalam keadaan sebegitu???



Kadang kala ada anak-anak yang kecewa dengan sikap ibubapa mereka lantas membuang ibubapa mereka atau tidak ambil peduli tentang mereka apabila mereka sudah tua.  Ada ibubapa yang suka mengherdik dan memaki anak-anak di rumah, malah ada juga yang tidak segan silu berbuat demikian di hadapan khalayak.  Kadang-kadang ibubapa perlu semak diri mereka, adakah anak-anak jadi sedemikian kerana sikap dari ibubapa itu sendiri.
Kita perlu ingat, kata-kata itu adalah doa, lagi-lagi jika di keluarkan oleh seorang ibu.  Kerana itulah doa ibu sangat kuat dan 'keramat'.  


Janganlah menjadi seperti ibu di dalam Batu Belah Batu Bertangkup, kerana merajuk dengan si anak yang masih kecil dan tidak matang, berlari si ibu ke batu belah batu bertangkup untuk di telan.  Kata si ibu, "Wahai batu belah batu bertangkup, telanlah aku, ambillah aku, aku kempunan nak makan telur ikan temakul".  Di sini terlihat ketidak matangan seorang ibu dalam pengurusan emosi dengan anak yang masih kecil dan tidak matang.  

Jangan juga jadi seperti ibu yang berputus asa dalam Si Tanggang.  Dimana anak yang ditatang seperti minyak semasa kecilnya, apabila dewasa lupakan ibunya juga tidak mengaku bahawa itu ibunya.  Maka, ibunya berdoa kepada Tuhan agar di sumpah anaknya menjadi batu.  Di sini, dilihatkan kesan doa ibu itu sangat besar dan 'keramat'.  Juga terlihat seorang ibu yang mudah putus asa dengan anaknya sedangkan jika dia tahu doa ibu adalah mustajab, mengapa tidak di doakan anaknya agar berubah.  

Pernah suatu hari, adek courf dan courf keluar menemani ibu membeli barang keperluan raya di sebuah pasaraya, terlihat kami ketika mencari parking seorang anak kecil berlari di tengah jalan kemudian di tarik ibunya dan di pukul di situ.  Kata ibu, "Kalau budak kecik tu salah, janganlah pukul depan orang.  Memalukan anak dan diri je."

Betul, ibu dan ayah tidak pernah sekali memarahi kami adik beradik di depan orang ramai.  Pernah dahulu kereta courf remuk.  Ayah datang ke rumah sewa dalam keadaan marah.  Tapi ayah tidak terus marah courf.  Setelah masuk kedalam kereta barulah ayah marah.  Itupun setelah rakan-rakan courf semua masuk kedalam rumah sewa. 

Sebagai ibu dan bapa, perilaku-perilaku mereka akan di perhati, di nilai oleh anak-anak dan di bawa sehingga mereka dewasa.  Oleh itu, dalam mendidik anak-anak perlulah dengan penuh hati-hati dan ikutlah cara-cara dan nilai-nilai mendidik dalam Islam.  Sebab itu dikatakan anak-anak ini seperti kain putih, perangai dan sikap mereka di corak dari ibubapa dan sekeliling.  Ibubapa juga jangan sesekali mengambil jalan mudah dan jangan cepat putus asa dengan sikap anak-anak. Lebih-lebih lagi anak-anak kecil.  

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab RA mengadukan hal kederhakaan anaknya.  Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”
Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapak ku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam.  Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anak mu, walhal kamulah yang telah menderhakainya.
Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadap mu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.



WALAUBAGAIMANAPUN.  Anak-anak masih perlu menghormati ibubapanya.  Kerana itu telah menjadi tanggungjawab mereka.  Jika anak-anak kecewa dengan sikap ibubapa, jadi, janganlah jadi seperti mereka dan ia berterusan kepada anak-anak serta generasi kita.  Setiap yang berlaku sepatutnya dijadikan contoh dan pengajaran agar kita jadi anak, ibubapa dan insan yang lebih baik.  

Berbakti kepada ibu bapa sama nilainya dengan pahala jihad. Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: "Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu itulah terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Akhir kata, ibubapa perlu menjaga adab dan ikuti nilai-nilai mendidik Islam agar terasuh anak-anak dengan baik.  Anak-anak juga perlulah menghormati dan menjaga ibubapa walau teruk mana pun ibubapa mereka.  Seorang anak lelaki bertanggungjawab dalam menjaga ibubapa lebih dari anak perempuan. Suami isteri juga perlulah bertolak ansur dalm menjaga ibubapa mereka sendiri juga ibubapa mertua.  Ini menjadikan pengajaran yang tidak ternilai kepada anak-anak mereka nanti.  Moga kita semua menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.  






Tuesday, August 13, 2013

HANTARAN MAHAL - Pendapat Lama Revised


Sesetengah lelaki cuuuuukup pantang bile dengar atau tengok post-post kat fB tentang hantaran mahal.  Kompom akan terkeluar komen tak puas hati.

Dulu pooon courf fikir jugak, "Ape yang salah dengan hantaran mahal???. Biase lar tu. Tu membuktikan kesanggupan lelaki tu kan... kan...".  Pada courf duet tu sekurang-kureangnya jaminan seorang perempuan selepas berkahwin. Kadang-kadang duet hantaran tu guna untuk majlis kahwin jugak. Sekarang ni bukan sikit nak pakai duit nak kahwin.

Tapi bile dengar luahan kawan-kawan lelaki tentang hantaran mahal yang pihak perempuan mintak, courf revised balik pendapat courf tentang hantaran mahal ni.

Kate sowank kawan courf ni, die marah gile bile dengar perempuan letak hantaran mahal.  Macam die, die belajar tinggi-tinggi, cari kerja bagus, gaji yang banyak sebagai persiapan nak menjaga keluarga yang bakal die bina nanti.  Die sendiri tak nak tengok isteri die kerja bertungkus lumus after kahwin.  Die nak sediakan semuanya untuk bakal keluarga die nanti. 

Tapi die cukup bengang bile perempuan letak hantaran mahal sedangkan belum tentu jaminan perempuan tu akan jadi isteri yang berbaloi untuk di letak hantaran yang mahal.  And die tak nak jadi macam sesetengah lelaki yang sanggup buat pinjaman beribu-ribu semata-mata nak mengikut kehendak pihak perempuan dan di kemudian hari lepas kahwin hutang menimbun-nimbun dan jadi penyebab keretakan rumhtangga.

Melihat dari apa yang die luahkan, courf nampak die memang ikhlas and betul-betul ade ciri-ciri lelaki bertanggungjawab. So, kat sini tak semestinya lelaki tu tak dapat sediakan duit hantaran mahal die tak bertanggungjawab.  Pendapat lama - revised.


Ibu pernah bagi syarat, "Akak nak tunang nanti tak payah nak buat besar-besar, tak payah pelamin, tak payah nak bawak hantaran berduyun-duyun, pihak lelaki tak payah nak bawak satu kampung. Cukup bawak cincin sebagai tanda and datang satu kereta. Majlis bertunang tak payah buat yang besar-besar.
Kalau majlis tunang pooon dah makan beribu, apatah lagi nak buat majlis kahwin.  Boleh botak kepala." Itu kata ibu yang cuma ada anak perempuan yang soraaaaaaaaaaang ni. Mula-mula macam tak puas ati. "Ibu ade anak pompuan sowank je kooot. Tak kan tak nak wat meriah sikit" Tapi kata ibu, kita buat majlis nak eratkan silaturrahim engan keluarga baru, biarlah kite senangkan hati kite dulu, baru senangkan hati orang lain.  Lagi pooon buat macam tu macam nak menunjuk kat orang yang kita mampu.
Ok.  Sekali lagi.  Pendapat lama - revised.

Bile mendengar pendapat-pendapat kawan-kawan, ibu dan yang lain, courf rasa betullah orang kata invest more in marriage and less in wedding.  Lagi pooon itulah yang lebih di tuntut dalam Islam.


Biarlah kenduri kita sederhana, ikut yang mampu, biar kita senangkan hati kita dari nak tunjuk dekat orang lain.  Ya.  Kahwin itu sekali seumur hidup, tapi biarlah yang sekali itu berikan kita seribu kemanisan dan makna dari sakit kepala dan menjadi penyebab pertelingkahan.

Dalam Islam ada hadis dan dalil tentang pemberian mahar tapi ia tidak lah wajib tapi jika mampu untuk beri mahar yang tinggi maka terpulanglah.  Ada juga dalil yang mengatakan "Ciri2 wanita yg mendapat kurnia ialah yang mudah dipinang, mudah (murah) maharnya, dan subur rahimnya." (H.R Ahmad).



SEBAB HANTARAN MAHAL:

1.  Muka macam Miss World.
2.  Maintenance tinggi, hantaran pooon kene lah tinggi.
3.  Belajar atas pokok koooot. Tinggi tuuuuuuuuuuu.
4.  Malu lah kalau orang tau hantaran ciput.
5. Alahaaaaaaaaaai STANDARD la zaman sekarang.
6. Parents tokei kilang balak.  Harta menimbun nimbun.
7. Anak perempuan tunggal. Sekali je dapat buat GRAND.
8. Ini lah bukti lelaki yang dia mampu nak sara kita yang perempuan ni di kemudian hari.


KATA-KATA LELAKI BILA DENGAR HANTARAN MAHAL:


1.  "Ni nak jual anak ke hape???".
2.  "Keturunan raja ke???".
3.  "Boleh ke buat kerja rumah nanti. Baik kahwin dengan bibik. Harga murah, buat kerja pooon pandai"
4.  "Cun sangaaaaat ke. Dah tua berkedut jugak."
5.  "Banyak lagi perempuan la.  Pegi la simpan diri tu dalam gerobok".

Pada courf mungkin juga la perbalahan pasai isu ni adalah sedikit sebanyak di pengaruhi dengan sikap saling tidak percaya perempuan kepada lelaki dan lelaki kepada perempuan.  Kita perempuan tak yakin adakah bakal suami kita mampu sediakan segala-galanya untuk kita.  Dan pada lelaki adakah berbaloi dan bernilainya seorang isteri bila hantaran mereka mahal. Jadi buatlah pilihan yang bijak, tetapkan hati dan yakin jodoh kita bercerminkan diri kita.  Elok diri kita, eloklah jodoh kita.  Dan kurangkan berfikiran negatif. 







  

Sunday, May 12, 2013

Terima Kasih IBU Saya!!!

Bile bukak facebook penuh orang celebrate Hari Ibu.  Meriah news feed dengan hupdate celebration dowank dengan ibu tercinta.  Ade yang beli kan hadiah, buat kek, pegi bercuti and macam2 la.

Courf ni tak penah celebrate pooon.  Ucap 'Selamat Hari Ibu' kat ibu courf pooon tak penah.  Even tak pernah sebut kat ibu 'Kak Thein sayang ibu' ke 'I love you ibu' ke.  Memang tak pernah la haaai mulooot ni nak sebut.  Kalau sebut pooon nada tak serius.  Bukan sebab tak sayang.  Tapi sayang sampai tak leh nak terucap.  Macam tu jugak kalau kat ayah.  Plus, kalau ngan ibu and ayah ni ego courf lebey sikit. Hehehehe.

Ibu kalau ngan adek2 courf kalau end up phone conversation mesti ade 'I love you, adek' 'I love you, abang' tapi tak ngan courf.  Sebab, kalau die cakap kat courf, courf reply 'Eeeee poyo'.  Tu yang die malas nak cakap. Hahahahahaha.  

Courf ni selalu gaduh dengan ibu. Sama la macam dengan ayah.  Gaduh. Gaduh. Gaduh.  Biase la, cara orang muda dengan orang tua tak sama. Bukan sebab tak sayang okeyh.

Masa zaman study dulu, asal weekend je balik.  Rindu kooot ibu masak.  Ibu masak simple2 pooon dah sedap.  Paling besh and TERBAIK sambal ibu. TipTop punye sambal.  Dari sambal belacan, sambal kicap, lauk sambal semua terbaik.  2nd the besh ialah bubur ibu.  Buat la ape bubur pooon tetap sedap.

Kalau tak balik mesti nak suruh ibu hantar kan makanan.  Kalau ayah kate malas, mesti nak merajuk.  Ye la kepingin nak makan ibu masak tibe2 bile mintak hantar, ayah kate tak nak.  Terngiang2 kooot masakan ibu.  Haishhhh terliur je nanti.  Makan bende lain pooon serba tak kene.  Tapi... tapi kan... ibu mesti akan masak jugak kalo dah mintak, ayah pooon mesti hantar.  

Sebab tu paling tak sabar tunggu nak balik rumah.  Tak balik mesti rase buhsan amat.  Walaupun balik rumah mesti ade je bende bergaduh ngan ibu and ayah tapi besh lagi la duduk rumah dari duk rumah sewa.

Tapi kan, kalau gaduh dengan ibu kadang2 rase jugak courf ni macam anak derhaka.  Gaduh je tau.  Kalau end up gaduh dengan ibu mesti rase sedey amat.  Masuk bilik menanges. Bukan sebab nak sakit kan hati ibu, tapi hati muda ni cepat baran, nak pulak cara kitowank berbeza.

Sekarang ni ibu dah bersara.  Macam2 plan die nak buat. Layan kan aja.  Bile lagi kan nak melayan dowank.  Kalau dulu bizi ngan study (bizi la sangaaaaat), ini je la mase nak spend tym dengan ibu and ayah.  Kot2 dah bizi dengan kija nanti dah tak sempat nak spend tym dengan dowank.  

Apa2 pooon ibu tetap ISTIMEWA.  Istimewa dalam hati anak2 ibu.  Istimewa sampai tiap kali solat, nak tidur ibu tetap ada dalam doa. Istimewa sampai kan kemana je, ibu tetap dalam ingatan. 

Terima kasih Ibu.



Saturday, May 11, 2013

New Picture Gewdik Si Buluz

Lame sangat courf tak hupdate ini blog.  Konon2 takde mase.  Ok fine.  Geli sangat.  Untuk tatapan semua di pagi ahad ini.